02 Jun 2011

...:: Memeriahkan Sambutan Hari Guru ::...


Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan semoga sihat saya doakan kepada semua para pembaca BLOG ini. Semoga rahmat Illahi sentiasa bersama anda semua. Hari ini..... Saya berkesempatan mencoretkan pengalaman saya sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah. Eya lah.... Cikgu kecik je. Walau bagaimanapun saya seronok dan gembira di sini. Bulan Mei adalah bulan yg istimewa kepada para cikgu2 macam saya ni. Kerana ada 2 peristiwa yg menarik. Iaitu HARI GURU dan CUTI PERTENGAHAN TAHUN.... Memang best le...
Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang boleh le dianggap syok2 sendiri, maka berbagai aktiviti kesukanan dan permainan dijalankan. Sekurang2nya boleh le realease tension sikit.... Lepaskan geram main bola sepak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bola Sepak Berkain Pelekat, sukaneka dan sebagainya. Terima kasih kepada semua guru2 yang sangat sporting. Best sangat....
Ini adalah gambar sebelum sepak mula perlawanan bola sepak antara kumpulan GB dan GPK, Saya main untuk team GB yang akhirnya menang 2:0 Kira oK le jugak.... Bukan hadiah yg diharapkan sangat tetapi kemeriahan dan keakraban yang diutamakan.
Acara sukaneka kali ini saya hanya sebagai peserta sahaja. Syok sangat le.... Kalau tahun2 sebelum ini saya jadi urusetia yang akan mengendalikan acara, tetapi tahun 2011 ni hanya peserta. Merasai nikmat sebagai peserta memang ceria dan amat menyeronokkan. Kita pulak le buat karenah.....he...3x Tahniah kepada urusetia sebab sabar dengan gelagat saya yang macam budak2.
Ini adalah aksi spontan yang dirakam oleh anak murid saya. Gaya ada, Aksi menyakinkan tetapi kesudahannya HAMPEH.... Tak masuk pun gelung tu ke sasarannya. Eya lah..... tak pernah training le katakan. Tak membosankan le acara ini.
Akhirnya ternyata sambutan hari guru 2011 kali ini boleh dianggap meriah dan ceria walaupun ia disambut macam syok sendiri je.....
Terima kasih semua... I LOVE YOU

3 ulasan:

CIKGU NAMAN berkata...

wah..berkain pelikat..boleh dicadangkan nanti tahun depan kat sekolah saya..ehhe

Ezzedin Al-Qassam's berkata...

best jadi cikgu ni..:)Komen kat sini!

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan... blog yg menarik.. nanti singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

...:Koleksi Lagu Pilihan:...