sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

07 August 2016

Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke21

Hari ini saya berkesempatan berkonferens sambil berkongsi idea, pengalaman dan pengetahuan bersama warga pendidikan di Malaysia. Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke21 ini telah diadakan di Hotel Perdana Taiping, Perak
Banyak pengalaman telah ditimba dan ia sangat menjadi keistimewaan untuk meningkatkan profesion perguruan. Ilmu-ilmu dan kaedah pengajaran berjaya dikongsi bersama-sama guru dari seluruh Malaysia
Insya Allah selepas ni saya akan lebih nekad dan terus berkongsi ilmu terutama dalam inovasi sebagai pembentang kertas kerja pulak.

Pengalaman ini sangat baik dan akan membantu meningkatkan kerjaya perguruan kita. Tahniah kepada penganjur semoga tahun depan akan dapat diadakan lagi

27 July 2016

Berkongsi Ilmu Sains di Coral Bay Resort

Alhamdulillah.... Kali ini dapat saya berkongsi ilmu dengan calon-calon UPSR dari Sekolah Kebangsaan Tebuk Jawa tentang teknik dan cara menjawab Sains UPSR
Perkongsian ini walaupun tidak lama tetapi amat bermakna kepada saya dan murid-murid ini. Ia banyak memberikan gambaran soalan sebenar dan klon UPSR terbaru.
Semoga murid-murid ini berjaya mendapat A dalam subjek Sains di dalam UPSR nanti saya doakan.

22 July 2016

Mengkaji Kandungan Tanah Liat

Assalamualaikum....
Semoga para pembaca blog ini masih setia dengan saya. Hari ini saya nak berkongsi satu kaedah pengajaran Dunia Sains Teknologi Tahun 3 tajuk Tanah-tanih.
Murid saya sememangnya sentiasa tertunggu-tunggu untuk matapelajaran Sains. Mereka sangat enjoy dan sentiasa seronok untuk belajar. Kali ini mereka akan membuat eksperimen lapisan tanah.
Mereka dikehendaki memasukkan tanah kebun kedalam botol. Kemudian masukkan air dan goncang sehingga benar-benar sebati dan bercampur. Selepas itu mereka dikehendaki meninggalkan untuk tempoh 24 jam. Perhatikan apa yang akan terjadi? Berikan infrens anda?
Ini adalah tanah yang telah siap untuk ditinggalkan untuk tempoh 24 jam. Esok mereka dikehendaki melukiskan lapisan tanah yang diperhatikan. Apakah pemerhatian anda semua?

Bawa Pokok Ke dalam Bilik Sains

Pendekatan yang pelbagai sentiasa dikongsikan bersama-sama anak murid agar proses pembelajaran sentiasa menarik dan mudah difahami. Objek maujud atau real sangat membantu murid. Jika perlu nak bawa masuk lembu kedalam kelas apa salahnya? He3x....
Hari ini murid tahun 2 saya belajar topik keperluan asas tumbuhan. Mari kita lihat Cikgu Zailani kali ini bawa masuk sepohon pokok kedalam kelas. 

Murid boleh melihat secara visual bahawa tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk tumbesaran. Semoga pendekatan saya ini boleh membantu murid dan menjadikan mereka faham, maklum lah ini murid yang sederhana.
Bilangan murid yang tidak ramai ini  adalah kekuatan kepada pelajar saya kerana mereka semua boleh berinteraksi 2 hala dengan berkesan. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua rakan-rakan guru. Terima kasih ye....

25 May 2016

Coach Zailani Telah Buktikan

Bukan cikgu biasa. Hari ini saya telah buktikan bahawa Cikgu Zailani bukan hanya didalam kelas dengan PdPnya sahaja. Bukan juga hanya dengan inovasinya sahaja. Dipadang bola dan dengan pengurusan sukan pun boleh digalas dengan jayanya. He3x... Nak puji diri sendiri le pulak.
 Tahun 2016 adalah tahun yang istimewa kepada pasukan "The Warrior Kids" iaitu team bola sepak saya, yang telah mempamerkan keupayaan sebenar menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam. Setelah banyak dikorbankan dari segi material, mental dan fizikal akhirnya kejayaan cemerlang ini telah dicapai. Alhamdulillah....
 Inilah pengiktirafan yang sangat berbaloi dan manis kepada saya. Walaupun dari pandangan sesetengah pihak bukan boleh bagi APC pun? Tetapi bagi saya ia satu kepuasan.
 Saya telah melengkapkan pekej sebagai seorang GURU YANG SERBA BOLEH. Pekej la sangat... Pasti hanya anak murid saya yang tahu dan berupaya menghargainya. Terpulang lah kepada mereka didalam menilai dan memberikan pemarkahan PBPPP. Yang paling penting saya telah buktikan boleh buat dan berjaya. Ko yang cemerlang dengan APC tu boleh buat ke? Boleh ke?
He3x.... Mungkin agak emosi. Tapi itu realiti. Eya lah.... Cikgu ini tak pernah dapat pun APC dalam 10 tahun kebelakangan ini walaupun pelbagai pengiktirafan dan kejayaan diperolehi dari pihak luar. Terpilih sangat ke?

19 May 2016

Cikgu Zailani mungkin jadi Dr Zailani?

Bila saya dah lama di dalam profesyen ini maka cinta dan jiwa raga telah menyubur. Asal dari putik, telah jadi daun dan bunga. Kini telah jadi buah yang subur. Itulah kerjaya saya. Cikgu Muhammad Zailani Somingan tak mungkin jadi doktor. Biarlah ia jadi memori yang tak berjaya direalisasikan.
 Sempena sambutan hari guru yang lepas, imbauan memori lama terputik kembali. Ya... Dulu saya pernah bercita-cita ingin menjadi Doktor. Tetapi profesyen saya kini telah semakin dicintai dan tak mungkin ditinggalkan lagi. Ternyata khidmat saya adalah untuk dunia pendidikan.
Bersyukur kehadrat Illahi sepanjang lebih 19 tahun disini pelbagai kejayaan dan anugerah telah saya terima. Ia menjadikan dunia pendidikan ini telah semakin bersemi dan akan terus saya kuasai serta harumkan. Terima kasih kepada insan-insan yang telah banyak membantu saya. I Love U

...:Koleksi Lagu Pilihan:...