recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

18 September 2012

Why Maybank should give me tickets to Legoland

Assalamualaikum kepada semua para blogger dan pelawat yang sudi singgah disini. Kali ini saya nak KONGSI CERITA tentang keinginan TERBARU saya. LEGOLAND MALAYSIA.... ya itu lah yang membuatkan saat teruja yang terliur nak menikmati pengalaman indah tu.
Inilah LEGO. Ia telah dicipta oleh OLE KIRK CHRISTIANSEN seorang warga DENMARK. Lelaki kelahiran Jutland, Denmark 8 April 1891 ini harus rela kehilangan mata pencarian yang menjadi sumber nafkah bagi anak dan isterinya.  Kemudian, pada tahun 1932 Ole menemui idea untuk menghasilkan wang dengan membuat mainan dari kayu. Ia menamainya dengan LEGO yang dalam bahasa Denmark disebut dengan "leg godt" yang bererti menyatukan secara bersama-sama. Pada tahun 1935 Ole mulai menjual mainan LEGO pertamanya dengan model cantum-cantuman kecil. Ternyata, mainan ciptaan Ole ini cukup diminati. Disebabkan permainan terus berkembang maka ia terus maju sehingga menjadi sebuah perusahaan LEGO



Kiub-kiub ini juga mampu membina dan menjadikan anak-anak lebih kreatif serta mampu menjadikan seorang pereka cipta yang hebat jika diasuh dengan betul. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru sememangnya LEGO ini mampu menjadi bahan bantu pengajaran yang baik.
Kehebatan dan pembangunan LEGO terus berkembang sehingga cukup hebat dan mengkagumkan. Kiub-kiub kecil ini mampu membina sebuah bangunan.
Kreativiti LEGO ini sangat membantu menjadikan kreativiti seseorang terutamannya kanak-kanak kerana ia tidak membahayakan dan kurang berisiko. Boleh juga dikatakan SELAMAT.

Keterujaan saya untuk mengunjungi LEGOLAND MALAYSIA adalah kerana beberapa sebab yang dirasakan menarik untuk saya menyertai peraduan Mengapa MAYBANK harus memberikan satu tiket kepada saya. Kenapa saya antara orang yang mesti dihantar ke LEGOLAND MALAYSIA?
1. Saya seorang GURU sekolah rendah yang mampu menambahkan kreativiti untuk proses pengajaran didalam kelas setelah menyaksikan keunikan dan kehebatan LEGOLAND.. Pasti lepas ni bawak murid satu bas  untuk ke Legoland.

2. Saya seorang BLOGGER yang ramai pengikut yang boleh membantu mempopularkan LEGOLAND dan MAYBANK untuk tujuan promosi dan menambah cantikkan tentang cerita-cerita positif tentangnya.

3. Saya seorang peminat LEGO yang mempunyai banyak koleksi untuk tujuan permainan, pembelajaran dan pelbagai kegunaan anak murid. Oleh itu adalah tepat sekiranya saya adalah antara pemenang HADIAH UTAMA PERADUAN INI.
Keistimewaan, Kelebihan, Kekuatan dan budi baik MAYBANK sebagai penganjur pertandingan ini pasti akan lebih diserlahkan dan ditonjolkan didalam blog ini. Kepada semua rakan-rakan, doakan saya agar kemenangan ini adalah milik saya. Terima Kasih semua ye....

5 comments:

Che Jai said...

Doakan le saya dapat hadiah utama... Tajk sabar nak ke LEGOLAND ni

Anonymous said...

Cikgu? Kalau dapat pegi ajak saya ye

Anonymous said...

alamak... bestnya. Nak ikut

Che Jai said...

Boleh je.... Kita pergi ramai2 ye. Tapi bayar sendiri2 le

Che Jai said...

I love U maybank....

...:Koleksi Lagu Pilihan:...