15 Mac 2011

DEFINISI KECEMERLANGAN AKADEMIK


Salam...
Buat para sahabat2 blog saya... Sekarang saya tengah sibuk nak siapkan assignment. Mari kita kongsi tentang definasi kecemerlangan Akademik

Mengikut Omardin Ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkahlangkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya. Sebenarnya kecemerlangan akademik
meliputi pelbagai aspek seperti peruntukan kewangan, hala tuju program kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber, aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal ini lazimnya pihak pengetua adalah bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran, pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod,
peralatan dalam bilik komputer, kewangan dan pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.
Pengurusan ke arah kecemerlangan akademik banyak bergantung kepada kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah. Oleh itu seseorang pengetua atau anda sendiri sebagai guru biasa seharusnya bersedia mengaplikasikan pelbagai pendekatan untuk merancang aktiviti kecemerlangan akademik. Sebelum kita menerangkan tentang definisi kecemerlangan akademik adalah lebih baik kita mentakrifkan terlebih dahulu apakah maksud istilah akademik.
Pengertian akademik sebenarnya meliputi pelbagai perkara yang berkaitan dengan pendidikan, kurikulum, pelajaran, peperiksaan dan juga kelulusan yang dicapai oleh seseorang. Untuk mendapat kelulusan yang baik dalam bidang akademik seseorang itu perlu menunjukkan tahap kecemerlangan yang tinggi semasa berada di sekolah atau pun di institusi pengajian tinggi.

Biasanya kebanyakan guru besar atau pengetua membuat program kecemerlangan akademik sekolah pada awal tahun. Ia bertujuan agar pelajar dapat kejayaan yang baik dalam pelbagai peperiksaan. Dalam masa yang sama program seperti ini boleh mengurangkan masalah pelajar tidak berdisiplin. Sebagaimana yang kita tahu, semasa aktiviti atau program dijalankan sekurangkurangnya pelajar akan menggunakan masa secara yang berfaedah. Mereka juga
mendapat asuhan, bimbingan dan nasihat yang berguna daripada guru-guru bagi kepentingan masa depan mereka. Bagi memudahkan anda memahami bagaimanakah sesuatu program akademik dilaksanakan di sesebuah sekolah, maka eloklah kita mengamati contoh-contoh program pembangunan akademik yang berjaya dilaksanakan di sebuah sekolah menengah dan juga di sebuah Pejabat Pendidikan Daerah. Anda mungkin boleh belajar sesuatu daripada apa
yang telah dilaksanakan.






1 ulasan:

khai berkata...

Chekgu..saya nak chemerlang sahsiah selain chemerlang akademik..so elok kita tumpu dua2 aspek yer..

...:Koleksi Lagu Pilihan:...