recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

21 February 2011

Hadir Persidangan Belia 2011 di Lumut





Assalamualaikum...
Apa khabar para sahabat sekalian. Kali ini nak share tentang pengalaman saya menghadiri Perhimpunan Agung Belia 4B Malaysia kali ke 35 di Teluk Batik Resort, Lumut pada 18 hingga 20 Februari 2011 yang lepas.

Bila berada dikalangan belia ni semangat pun hangat, rasa muda, berkobar-kobar untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan komuniti belia. Perwakilan dari seluruh Malaysia banyak memberikan inspirasi, panduan, dan bimbingan untuk berbakti kepada para belia di tempat saya, Sabak Bernam
Yang menariknya perhimpunan kali ini lebih hebat dan berjiwa belia... Eya lah semua perwakilan semuanya dari kalangan belia yang berumur bawah 40 tahun. Tak ada orang yg berusia... Ia amat memberikan peluang untuk semua perwakilan berucap membahaskan usul. Bagi saya ini kali pertama, belum berpeluang nak berbahas. Mungkin akan datang ada pelung lagi boleh le saya pulak BERBAHAS...

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh MB Perak dan ucaptama oleh Presiden Saudara Muammar Gadafi Jamal yang berkobar2 banyak memberikan idea dan pengalaman berguna bagi mengurus dan memainkan peranan sebagai pemimpin di tempat saya.



Dan ahkirnya banyak pengalaman yang ditimba dan dikongsi semasa persidangan tersebut. Ada kalanya ia amat membakar semangat saya untuk berjaya dan lebih berjaya didalam persatuan dan kerjaya. Semoga saya akan lebih banyak idea yang bernas untuk berjaya. Sekian terima kasih

No comments:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...