03 Jun 2010

..:Kearah Peningkatan Matematik Thn 6:..

Hari ini berakhirnya peperiksaan pertengahan tahun 2010. Cemas melihat markah Matematik kelas saya. Mereka adalah calon2 UPSR tahun ini. Kalau keadaan mcm ini berapa orang kah yg dapat A subjek Matematik. Macam ini lah jiwa seorang cikgu. Risau dan gelisah memikirkan tentang prestasi anak muridnya... Anak muridnya entah le... Fikir atau tidak. Sambil duduk2 dan termenung2 hari ini terilham nak buat program peningkatan A untuk Matematik. Ini subjek saya. Saya kena naikkan sebab ini tanggung jawab yg dipikul dibahu.




...:Program LAMPU:...
Ia tercetus dari minda ini kerana mahu melihat anak didik saya yg akan mengambil UPSR tahun ini mendapat A didalam subjek Matematik atau sekurang2nya lulus. Tahun ini adalah tahun ke2 saya mengajar Matematik untuk tahun 6. Tahun 2009 merudum habis... Teruk kena kecam.
Objektifnya
ialah untuk 10 orang A
dan semua lulus untuk kelas saya 6 Bestari daripada 25 orang
tepat dan jelas
Perlaksanaannya
bermula buka sekolah ini iaitu lepas cuti
akan berjalan program LAMPU. Ia adalah singkatan
Latihan Agresif Menghadapi Peperiksaan UPSR
itu lah definasi program saya.
Sapa2 yang nak ambil, nak ikut, nak tiru atau nak adaptasi program dan pendekatan saya ni diberikan keizinan, Eyalah... Kongsi ilmu kan baik. Demi untuk kejayaan anak didik kita. Semua murid akan diberikan satu buku besar yg mcm buku Nota Sains tu.. (telah saya belikan) Ia dinamakan BUKU LAMPU. Pada 2 halaman awalnya dibiarkan kosong untuk tujuan murid membuat Graf pencapaian ujian yang akan dibuat sepanjang program ini. Targetnya ialah setiap minggu sekurang2nya 1 soalan kertas 1 dan 1 soalan kertas 2 akan diberikan. Masa menjawab macam peperiksaan sebenar. Kemudian bincangkan bersama menggunakan pelbagai pendekatan yang terbaik. Kertas soalan tadi ditampal didalam BUKU LAMPU. kalau tak dilekat memang hilang entah kemana budak2 ni.. Ia mengajar menghargai pemberian orang.

Pemberian orang ni mesti dihormati le... Sebab kertas soalan untuk program ini saya beli guna duit sendiri. (semoga rezeki saya akan terus berlimpah) Saya telah sediakan untuk 5 set bagi bulan yang pertama. Ia itu bulan 6 dan seterusnya tak tau lagi... Kalau ada sumbangan daripada orang yg baik hati amat2 le diharapkan. Kalau ada peruntukan dari sekolah sangat le baik tetapi kalau tak ada insya allah le ada le duit sikit2 dari poket ini untuk terus menyumbang
Ini lah buku yang saya telah pilih dan akan di LAMPU kan kepada semua murid2 kelas saya. Ia juga akan ditambah dengan soalan2 Ujian dari Negeri2 lain. Kepada para sahabat2 yang nak berkongsi soalan dengan saya amat diharap2kan..... maknanya saya akan fotostat le....
Ini soalan kertas 2 untuk minggu 1 Program LAMPU. Masa menjawab, situasi dan tumpuan macam peperiksaan sebenar. Cikgu akan semak dan bincang bersama murid. Apa yg sepatutnya? Kenapa salah? dan segala tips akan diberikan selepas ujian ini. Lepas tu murid buat Graf di Halaman Awal buku LAMPU berdasarkan markahnya. Ia akan menjadi bandingan seterusnya bagi minggu 1. minggu 2 dan seterusnya....
Persediaan awal telah disiapkan. Maknanya jika saya tak ada atau ada kursus atau perkara diluar jangkaan program ini akan terus berjalan. maklum le... masuk bulan Julai dan Ogos tiap2 tahun adalah tahun keluar. Memantau bilik BOSS daerah dan sebagainya....
Harapan adalah agar program ini dapat berjalan dengan terbaik & berkesan seterusnya meningkatkan bilangan pelajar saya yang mendapat A di dalam subjek Matematik. Tak le macam tahun lepas... jadi penyebab penurunan prestasi sekolah.Akhirnya saya berpegang pada satu prinsip jika hari ini saya menolong orang, insyaallah suatu masa nanti akan ada orang yang akan menolong saya. Walaupun bukan orang itu yg menolong kita balik tau....

P/s: Masa, Tenaga, Wang disumbangkan Free demi anak murid.

8 ulasan:

~ Contengan Jalanan ~ berkata...

salamm .... rasa mcm berminat nak ceduk cara nie ... izinkan yer..

Cikgu Zailani berkata...

boleh je...
Silakan
Kita berkongsi ilmu ni tak rugi
semoga terus berpanjangan
Good Luck

iftaz berkata...

Syabas cikgu=)
teruskan usaha ini
semoga berjaye saya ucapkan

Liga Remaja Kreatif berkata...

Salam Cikgu Zailani,

Minta jasa baik tolong promote Liga Remaja Kreatif, sebuah pertandingan untu pelajar sekolah anjuran SKMM, KPKK, KPM, RTM dan Filem Negara. Maklumat lanjut di http://www.skmm.gov.my atau http://ligaremajakreatif.blogspot.com. Terima kasih

Unknown berkata...

salam...cikgu..

terima kasih kerana program yang cukup baik...namun lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Sistem Sisteksbbt v2..sila beri tunjuk ajar..NIZAM

Unknown berkata...

salam...sy nie baru je mengajar 1 thn 4 bln tp dh kene jd ketua panitia maths sbb dok skolah SKM (sekolah kurg murid)....huhu nk ucapkan thanx lots kpd cikgu zailani atas idea yg mantopp nih.. minta izin ye utk try laksanakan d skolah sy plak... syabas atas usaha cikgu & terima kasih daun keladi..lain kali nk mintak idea lg..hehe

SUGANTHI CHELLAPPAN berkata...

Izinkan cedok idea ni ye....sebab jadi nujum terjun tahun ni...diberi tahun 6 Matematik kelas pertama...berlimpah anak2 cikgu di situ

SUGANTHI CHELLAPPAN berkata...

Izinkan cedok idea ni ye....sebab jadi nujum terjun tahun ni...diberi tahun 6 Matematik kelas pertama...berlimpah anak2 cikgu di situ

...:Koleksi Lagu Pilihan:...