10 November 2020

Sessi persekolahan tahun 2020 ditangguhkan sehingga 20 Januari 2021

Hai... 
Semua warga pendidikan, murid-murid dan semua ibu bapa. Majlis Keselamatan Negara telah menyambung PKPB bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, disebabkan pendemik COVID 19 di Malaysia semakin meningkat menjadi ribuan maka MKN telah memerintahkan PKPB seluruh Semenanjung Malaysia kecuali perlis, pahang dan kelantan. 


 Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menutup semua sekolah dan institut pendidikan. Bagi sekolah-sekolah sessi pembukaan hanya akan diadakan semula pada 20 Januari 2021

Walau bagaimana pun sessi pembelajaran masih diadakan secara dalam talian atau pembelajaran dirumah sehingga 18 Disember 2020. Diharap motivasi dan semangat murid-murid masih berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu. 

Dan cikgu zailani masih tetap memberikan pengajaran secara video
di Channel Youtube
www.youtube.com/c/cikguzailani


Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...