26 Februari 2009

Cikgu Zailani Yang Hebat...


Minggu ini memang sibuk dan sangat sibuk. Eya lah... pada sabtu 21.2.2009 ada sukan SKPB 2009. Saya sebagai setiausaha sukan sudah pasti banyak kerja dan tanggung jawab. Bermula dari awal bulan dah mula kerja, perancangan dan perlaksanaan. Kerja teknikal dan peralatan serta perkara yang melibatkan surat menyurat dan borang. Ini sukan permuafakatan bersama ibu bapa dan penjaga. Alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan sempurna.

Pada Ahad 22.2.2009 pula adalah hari Majlis Penghakiman Anugerah Belia Negara 2009 Peringkat negeri Selangor. Untuk mempertahankan kejuaraan tahun lepas. ALLAH saja yang maha mengetahui betapa penat, letih, tak tidur malam, sampaikan makan pun tak sempat. dan segalanya. Bermula dengan profail pertubuhan, persembahan multimedia, surat menyurat, hadiah, bahan pameran, sistem fail dan buku program. 2 majlis besar dalam 2 hari berturut-turut. Untuk majlis penghakiman pula bukan calang-calang majlis, peringkat negeri Selangor tu.... Namun akhirnya saya amat bersyukur, berpuas hati dan mampu tersenyum sendiri. Oh Cikgu Zailani ni memang hebat. Memang cemerlang ( Puji le sendiri... ) Memang bersungguh-sungguh di dalam membuat kerja.

Tapi rajin, tanggung-jawab dan keupayaan serta kemampuan membuat kerja ini tidak pernah diiktiraf oleh majikan, guru besar atau kementerian pelajaran. Bagi mereka persetankan dengan cikgu-cikgu yang rajin dan yang boleh buat kerja ni. Ini bukan marah? Ini juga bukan hasutan tetapi ini adalah luahan dari hati kecil insan ini. Barangkali hati kecil ini tidak akan berkata begini jika ada penghargaan oleh mereka, atau pengiktirafan. Betul tak? Jauh sekali untuk Augerah Perkhidmatan Cemerlang. Juga seorang Jurulatih utama Sisteks dan SPBT Negeri Selangor tau... Cikgu yang telah berkhidmat 12 tahun serta aktif dalam khidmat masyarakat, juga telah membawa Pertubuhan Gerakan Belia 4B Tebuk Mufrad menjadi Johan Anugerah Belia Perdana Katogeri Belia 2008 dan Naib Johan Anugerah ini pada tahun 2007 ini , tidak mendapat perhatian mahupun menghargaan daripada majikannya? Pelik betul.. Jauh sekali untuk APC.....

Namun jangan ingat roda ini tidak berputar, juga jangan lupa aliran sungai tak selamanya mengalir, Cikgu yang bernama cikgu zailani ini, kini sedang meneruskan dan menyambung pengajian di dalam Bachelor Education in Educational Administration. Suatu hari nanti sapa tau cikgu ini akan berada diatas. Mungkin yang teratas. Barulah mereka-mereka yang pernah menindas dan yang merasakan dirinya sangat hebat itu berkata: "Oh kalaulah dulu aku tak buat macam tu kat cikgu zailani ....... "

He... he.. apa pun yang penting jangan susah hati dan yang utama ialah kerja mesti enjoy. OK Bye

2 ulasan:

azmon@anaiz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azmon@anaiz berkata...

usaha dah baik. niatpun kenalah baik. barulah dirahmati Allah.ok. moga terkabul apa yg dicita. have a nice day.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...