recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

13 January 2010

Semangat Baru

Assalamualaikum.... Kepada semua para sahabat2 yang sentiasa mengikuti blog ini semoga kalian semua sihat sejahtera dan ceria disamping tugasan harian. Bila sebut tentang tugas, atau kerjaya atau kerja saya pun macam anda semua. Tahun baru semua nak azam dan tekad baru. Tahun 2010 ni saya masih mengajar di SK Parit Baharu untuk tahun ke 13 sebagai guru Sains dan Matematik. Masih juga mengajar Matematik tahun 6 iaitu calon2 UPSR 2010. Satu tanggung jawab yang berat juga...

Oh ye... Di sini saya nak kongsi beberapa dokumen penting sebagai seorang guru antaranya Rancangan tahunan untuk mata pelajaran Matematik. Ini saya taip dan buat sendiri.... Sebab banyak saya buat carian kat Google semua masih dalam bahasa melayu. Semoga kita boleh manfaatkan bersama untuk tujuan mendidik anak bangsa. Sebagai guru mesti semua inginkan anak muridnya berjaya kan.

Mathemathic Year 6
Mathemathic Year 5
Mathemathic Year 4

He... he... he.... Gambar kat atas tu, adalah gambar hari pertama persekolahan. Memang semangat betul macam budak2 sekolah le... Awal2 pagi dah siap maklumlah setelah lama bercuti... Nak bagi tau kat semua rakan2. Semua baru tau.. Baju baru, seluar baru, tali pinggang baru, tali leher, kasut baru dan kereta pun baru.( oppss dah 4 bulan le). Murid2 dengan segalanya baru tentulah cikgunya pun nak baru kan? Azam dan semangat semestinya le baru.

Akhirnya saya berharap agar apa yang saya harapkan dan selalu doa2kan pada tahun ini akan tercapai. Supaya ia tidak menjadi angan2 dan cita2 lagi... OK jumpa lagi. BYE..

2 comments:

Firli said...

Baju semua ok....Name tag tak pakai ka.........kalau setakat nama kat klip tie tu sapa nak tau nama hang..hang ingat hang famous mcm karam singh walia ka.....di pun pki name tag

Cikgu Zailani said...

He.. he..
OK le TQ atas ingatan.
Mesti beli Name Tag baru ni...

...:Koleksi Lagu Pilihan:...