04 Februari 2010

Pameran Sempena Karnival Tadika Sabak Bernam

Assalamualaikum....
Kepada para sahabat2ku diinternet yg sentiasa sudi membaca diblog ini. Terima kasih diatas sokongan anda semua. Kita hidup didunia sememangnya sentiasa inginkan yang terbaik tetapi tidak selalunya yg terbaik itu milik kita. Oh ye... Gambar diatas ini ketika saya join pameran Kesihatan semasa Karnival Tadika Sabak Bernam. Menyumbang tenaga dan sesuatu yg boleh disumbangkan. Menyumbang kepada masyarakat ni tak rugi malahan ia banyak memberikan pengalaman.

Bila sebut tentang sumbangan dalam NGO ni banyak sangat le saya terlibat, sama ada didalam Belia 4B Kawasan Sabak Bernam, PROSTAR, Pengakap dan banyak lagi. Best bila ada masa dan dapat jumpa banyak kawan. Boleh juga berjalan dan bertukar-tukar pengalaman. Rasanya entah sampai bila tak tau le... Selagi masih ada masa le....

Dan bila ada peluang atau kesempatan bercakap saya pasti akan cakap tentang ilmu dan pendidikan kepada anak-anak. Eya... lah Betapa pentingnya pendidikan kepada anak2... dan ramai orang melayu kita belum mempunyai mind set seperti ini. Hanya dengan pendidikan sahaja dapat mengubah cara hidup kita. Buat pembaca2 juga minta lah sampaikan kepada saudara2 kita tentang pentingnya pendididikan. Agar suatu hari nanti bangsa melayu ini akan menjadi pendahulu didalam semua sektor kerana itu pentingnya pendidikan. Betul tak? Fikir-fikirkan.........

2 ulasan:

mohamadfirli berkata...

Lama tak kacau hang........ILMU ibarat kena uli duli baru dapat capati....dah dapat ngap ....boleh buat modal goreng orang....ILMU HITAM....lagi power siap berbuih mulut orang....yg ni mintak simpang...tapi orang malay byk buat.....ILMU AGAMA...ini yg nak bawa bila mati esok.....belajar dan praktik dlm hidup insyalah selamat dan berkat..AMiNNNNNNNNNNN

Cikgu Zailani berkata...

Ingat2 nak pergi mengaji ke pesantren le lepas pencen nanti.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...