03 April 2010

..: Kisah Anak Muridku :..

Assalamualaikum....
Setelah lama tak menulis di blog ni rasa rindu sangat. Eya lah... Bercerita tentang kerjaya, Tentang keadaan dan juga tentang emosi. Tapi kali ini saya nak cerita tentang profesyen saya sebagai seorang guru Matematik. Dan mulai dari sekarang saya akan banyakkan
menulis tentang Matematik.

Bukan apa,..
Mana le tau nanti nak apply GC dah ada Blog yg kemas dan menarik tentang Cikgu Zailani. Betul tak? Opps.. Entry kali ini berkaitan seorang murid 4 Cemerlang di sekolah saya yang dah mula nak belajar. Mula nak buat kerja... Sebelum ini dia datang sekolah pun malas.
Bila malas datang kesekolah akibatnya mestilah KETINGGALAN.
Setelah dipujuk dan diberi Motivasi maka
2 minggu terakhir ini dia dah rajin kesekolah dan
nak masuk ke kelas Matematik saya. Sebenarnya murid ini
memang ada masalah keluarga. Pasal itu dia jadi mcm ini.......
Ini adalah hasil kerjanya dengan bimbingan saya yang
termampu. Harap2 dia ada kemahuan untuk
belajar dengan kerelaan sendiri

Bukan saja kepada murid ini,
tetapi kepada semua murid dan sesiapa yang
saya fikirkan mereka saya sayangi. Pasti akan saya katakan tentang
pentingnya PELAJARAN. Ia satu-satunya yang akan mengubah hidup kita
sekeluarga. Sampai bila kita mahukan keadaan seperti sekarang yang hidup susah
dan kemiskinan. Memang saya tak punyai wang yang banyak nak bagi
kepada murid2 tu. Tetapi kalau setakat nak keluarkan duit buat
FOTOSTAT lembaran kerja memang saya tak kisah.
Tak pernah berkira langsung dan memang
saya ibaratkan ia sedekah
semoga akan ada
habuan di
syurga..

Demi kerjaya yang saya sayangi dan cintai ini
"Cikgu" pasti ada harapan yang ingin dicapai dan harapan
saya cuma satu... Ingin melihat anak didik saya BERJAYA menjadi seorang
insan yang sempurna. Insan yang tahu menghargai jasa ibu bapa
dan taat kepada ALLAH..
Semoga harapan saya menjadi kenyataan...


PS:
dah lebih 500 orang anak murid saya tau...


2 ulasan:

Unknown berkata...

mulianya kerjaya guru ni..tak berkira ape2 dan tak mengharapkan balasan..dapat tengok anak2 murid berjaya dah rasa satu kepuasan dan kejayaan pd diri..

Cikgu Zailani berkata...

AZHIeeDA....
TQ ye...
Saya seronok sangat jadi cikgu ni... Ye lah.. Kalau bleh nak berkhidmat sampai akhir hayat jika mampu. maknanya lepas bersara pun nak menyumbang juga kepa da masyarakat..

...:Koleksi Lagu Pilihan:...