recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

09 April 2011

..:Perjuanganku Sebagai Coach:..

Assalamualaikum....
Buat sahabat2 blogger sekalian semoga kalian senang gembira diketika ini... Saya OK lagi le walaupun ada kalanya STRESS. He...3x kali ini nak bercerita tentang pengalaman menjadi COACH team soccer SK Parit Baharu under12. Tahun ini adalah tahun pertama saya benar2 menggalas tanggung jawab ini. Dibantu bersama Cikgu Fezli sebagai Team Manager
Ini lah pasukan saya yang terdiri pemain berusia 10 hingga 12 tahun. Mereka ini hanya punyai semangat dan kenal sedikit tentang bola sepak. Maka sebagai Coach saya lah yang mengajar dan melatih kemahiran bola sepaknya. Pendek kata betul2 bermula dari zero. Memang tugas berat sejak dari awal tahun 2011 hingga kejohanan yang dijalankan pada 4 April 2011

Hasil kemahiran yang dilatih maka pasukan ini telah menjalani 2 perlawanan persahabatan dengan SK Sg Tengar dengan keputusan 6:1 dan SK Tun Dr Ismail keputusan 8:1 Namun sebagai jurulatih masih tidak berpuas hati lagi untuk terus berlatih sehingga ke hari kejohanan.

Namun kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Hari pertama kejohanan iaitu 4 April 2011 saya tidak dapat bersama team soccer saya kerana ada FINAL EXAM OUM di Ipoh. Oleh itu sentuhan untuk perlawanan itu tanpa coach. Rupanya murid2 sekolah rendah ni memang amat respek dan memerlukan bimbingan daripada guru yang betul2 rapat dan dirasainya terbaik bagi nya. Bila guru lain, segala arahan tidak diberi perhatian. Akhirnya perlawana pertama tewas 1:3 dengan SK Pasir Panjang.

Hari kedua kejohanan pun saya masih periksa. Entah le.... semester kali ini saya dapat jadual mmg tak berapa best. Pukul 9 hingga 12.10 pagi FINAL EXAM saya.... Setelah habis exam saya sms guru yg bawa team SKPB dan beliau menyatakan tewas lagi 1:2 kepada SK Seri Sekinchan. Dengan kekalahan kedua ini bererti gagallah pasukan saya untuk ke pusingan seterusnya. Namun saya tahu bahawa TEAM SKPB ni bukan seperti itu, saya tahu mereka memang boleh bermain bola, cuma saya tahu kekalahannya kerana COACHnya tiada. Oleh itu saya pun memecutkan CITY saya untuk ke Venue pertandingan untuk perlawanan terakhir yang bermula 2:30 petang.

Perlawanan ketiga dilangsungkan lewat iaitu jam 3.00 petang. Saya sempat memberi sedikit pesanan dan kata2 perangsang agar mereka bermain untuk menang perlawanan ini. Maka terjerit2 lah saya memberi semangat dan kata2 arahan ditepi padang sepanjang perlawanan terakhir bertemu SK Seri Makmur. Akhirnya TEAM SKPB menang dengan 4:2 Walaupun saya kecewa kerana tidak dapat beraksi kepusingan seterusnya tetapi saya belajar banyak pengalaman yg tidak pernah diajar didalam buku dan kelas tentang permainan bola sepak. Insya Allah tahun hadapan saya akan bina dan latih TEAM SKPB untuk menjadi Johan DAERAH 2012. Ini tekad dan harapan saya.......

p/s: Kecewa tetapi tak hampa.

2 comments:

Nor Idayu said...

Salam cikgu....heheh...mmg budak sekolah mcm tu..bila guru dia ada dia rs bersemangat nak lawan... mcm hr tu sy ikut tgk perlawanan bola tampar.. bdk tu boleh main tp dia dah down kerana coach dia mrh2 dia dpn budak2 lain..kecian...

Cikgu Zailani said...

He...3x
Belajar melalui pengalaman
lain kali boleh le kongsi pengalaman ye

...:Koleksi Lagu Pilihan:...