sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

26 September 2011

Perjalanan D'Bandung

Syukur alhamdulillah...
Akhirnya saya berkesempatan untuk melancong ke luar negara. Walaupun hanya ke Bandung, Indonesia... Tetapi ia sangat istimewa bagi saya. He 3xx... banyak pengalaman ditimba dan boleh dijadikan memori suka duka sepanjang perjalanan dinegeri orang.

Berlepas dari KLIA ke Bandera Sukarno hatta memang pengalaman pertama saya diudara, Mula2 memang rasa gayat tetapi selepas terbang diangkasa terasa SYOKnya. LION AIR akhirnya mendarat di Jakarta. Kenangan yang tak dapat dilupakan ialah bergambar dihadapan kapal terbang... kalau di KLIA memang tak de peluang punya.
Pilot bukan, Peramugara pun bukan... Tapi ada kesempatan tidak dilepaskan peluang sebegini.
Menempuh pengalaman perjalanan dari Jakarta ke Bandung yg MACHET selama 5 jam akhirnya kami sampai ke Hotel Penginapan di PERDANA WISATA. Fuhh.... keletihan tak terasa, lepas tu pun masih bersemangat nak berjalan. Sehingga dinihari baru balik untuk tido...
Ini lah gambar jutawan2 dari Malaysia sedang bergambar di hadapan hotel untuk berjalan dan membeli belah disekitar Bandung. Mana tak jutawannya? 1 juta rupiah pertukarannya RM365.00 je
Makanan di Bandung ni memang special. Terpaksa lah saya melupakan diet sihat saya. Cukup mengUJAkan. Pantang tengok le jadinya...
Cenderamata dan perhiasan memang unik dan lain dari lain, Ikutkan hati memang sekontena ke nak bawak balik... tapi cukuplah sekadar tangkap gambar je. Yg saya pegang tu ialah kelapa yang sabutnya diukir jadi mcm beruk. Kreatif kan?
Mendaki gunung?
Eya ke?... Hebat kan. Gunung berapi lagi
Ini namanya Takuban Parahu... kata orang kat situ ia adalah kawah gunung berapi yang pernah meletus sekitar tahun 60an... Masih berasap lagi, lahar yg kat dalam kawah tu masih cair. Bau belerang nya masih kuat. Rasa berdebar pun ada. Eya lah... kalau tiba2 meletup, mati dibuatnya... Apa pun tempat ni memang wajib di lihat oleh pelancong yang datang.
Ini gambar menunggu makanan di Saung Panclup, makanan Sunda. Tempatnya diatas bukit yang dingin dan makan bersila. Best le.... Unik sekali

Berjalan2 di Factory Outlet. Boleh le kalau sapa yang nak menyoping. Tetapi saya tak berapa minat nak membeli belah kat sini. Maklum le saya ni terlalu obses kepada JENAMA kan... Kalau tak de Brand tu rasa mcm tak best je nak beli... He 3x....

Minum teh badrek, Sedap dan lazat. Try le sendiri. Kelapa muda + Teh halia + Suam.... Nyaman
Ternyata percutian di BANDUNG kali ini best sangat. Akan datang ke tempat lain pula?... Sapa nak ikut? Bagi tau saya....

2 ulasan:

ketawariang said...

best! sgt best...rindu banget kat bandung tau...nk kumpul duit nk gi lagi..

Cikgu Zailani said...

tak mahal sangat le... Tapi kalau bawak banyak duit boleh SHOPPING....

...:Koleksi Lagu Pilihan Kenangan Mengusik Kalbu:...