14 Februari 2012

:: Mencari Ketenangan di Cameron Highland

Awal tahun 2012 kali ni kira senang hati le sikit... Kat sekolah dah kurang bebanan sangat. Tak pegang tahun 6 dah. Babaiii... le cerita2 ttg UPSR. Harap2 boleh le lama2 mcm ni....
Sempena cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam, ada berkesempatan untuk merasai suhu dingin di Cameron Highland. Makan angin, jalan-jalan, dan lepaskan tension. Dah lama tak bercuti ke tanah tinggi ni terasa juga keseronokannya. Memang enjoy le.....

Petik TEH, jemur, dam minum teh... He 3x
Merasai keunikan yg hanya ada di Cameron Highland. Terasa istimewa dan indah sangat bila berkesempatan menghirup teh di Stall Barath tea ni...
Menginap di desa Arturium Appartment boleh le...
Kalau nak jimat dan murah bawak khemah sendiri je. Tegakkan kat tepi jalan atau kat kebun teh. Mesti FREE... Itu pun kalau berani.
Amboi..,. bergaya mamat ni. Berlatar belakangkan banjaran titiwangsa dengan kebun tea yg seluas mata memandang memang mendamaikan. Rasa macam tak nak balik je...
Akhirnya.....
Setelah bercuti 3 hari 2 malam maka pulanglah ke tempat asal. Segala kenangan indah tersemat dikalbu dan apa pun memang best dan menyeronokkan... Ada kalanya kita mesti bercuti dan melancong untuk melepaskan tekanan. Betul tak?.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...