13 Jun 2012

..:Tour Malaya:..

Assalamualaikum... Buat sahabat blogger sekalian. Dah lama saya tak buat post kat sini. He...3x kali ini saya nak cerita tentang pengalaman TOUR MALAYA sempena cuti persekolahan yang lepas. Perjalanan dari Sabak Bernam, ke Pahang dan Terengganu... Melalui beberapa destinasi yang best antaranya Temerloh, Pantai Balok, Cherating, Pantai Kemasik, pantai Cherating, Pantai Batu Buruk, Pulau Wan Man dan banyak lagi...
Ini gambar saya semasa di Monument Masjid2 di Taman Tamandun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Macam-macam ada....
Berlatar belakangkan Masjid Terapung TengKu Zaharah



Tak payah ke Luar Negara, Tercapai jugak ke Masjid ni... Walaupun cuma replika.
Berada di kampung LOSONG yang popular dengan keropok lekornya. Kena cuba dulu baru tau...
Tunggu punya tunggu tak datang2 le penyu ni. Tak sempat le tengok penyu bertelor...
Pantai Cherating yang indah dan mendamaikan
Cantik tak?.. Sempat mengabadikan kenangan diPasir pantai Cherating...
Antik, Unik dan verstail... Salah satu stall di Pantai Cherating
Pantai balok, Kuantan
Aku Cinta Padamuuuuu.....
Memang santai le.... Siap boleh membuaikan diri sambil didodoikan oleh bayu laut nan segar
Percutian kali ini sempat juga saya mencari dan menjejaki PUTERI yang disumpah menjadi NAGA di Tasik Chini. Tunggu punya tunggu... Tak muncul le pulak
Ini le TASIK CHINI yang penuh dengan metos dan keindahan. Memang masih semula jadi le....

Sempat le mengabadikan gambar di Papan Tanda yang nampak klasik dan berlumut ni. Ada le gaya macam baru keluar dari hutan selepas mencari siputri Tasik Chini. Kah....3x. Ternyata perjalanan kali ini memang best dan menarik. Tanpa batasan waktu dan sangat enjoy. Lain masa sapa yang nak join boleh bagi tau dulu... OK TQ...

1 ulasan:

mysoalan berkata...

Salam. Maaf jika mengganggu. Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Kaji selidik ini hanya mengandungi 13 soalan mudah dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menjawab. Jika berkesempatan, boleh layari laman web di bawah:

http://mysoalan.com/kajiselidik

Saya juga berharap agar anda dapat menyebarkan kaji selidik ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih!

...:Koleksi Lagu Pilihan:...