08 Ogos 2012

Memantau Pengurusan Sukan untuk Sabak Bernam

Assalamualaikum... Kepada para sahabat sekalian, sebelum menjelang bulan Ramadhan ni semua nak kena siap. Termasuk le juga dengan saya. Ketika ini memang sibuk, eyalah nak siapkan tugas sebagai JU Sukan PPD Sabak Bernam. Memantau pengurusan sukan disekolah2 seluruh daerah Sabak Bernam.
Tahun ini adalah yang kedua untuk saya menjalankan tugas ini. Walaupun saya bukan Guru Besar dan juga bukan Guru Penolong Kanan Ko kurikulum tetapi saya ada pengalaman didalam pengurusan sukan dan ko kurikulum di sekolah. Jadi bila ada soalan atau kemuskilan yang dihadapi tu boleh le diselesaikan. Eya lah... kan saya graduan Pentadbiran Pendidikan, tau lah serba sedikit tentang ilmu pengurusan. Jangan pandang sebelah mata tau.... He3x

Pengurusan sukan disekolah ni bukan sahaja cara menjalankan sukan tahunan, aktiviti sukan dan kejohanan sukan. Tetapi juga meliputi sistem Fail, pengurusan kewangan dan inventori. Akhirnya jika semua ini dipatuhi maka pastinya pengurusan terbaik akan diperolehi. Yang paling penting ialah perancangan. Kalau tak ada perancangan mesti pengurusan sukan disekolah hancur. Kecapaian dalam sukan pun hampeh... itu le pengalaman saya semasa memantau. OK sampai disini dulu cerita saya. Terima kasih...

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...