24 September 2013

Saya Tak Pandai Berbicara

Assalamualaikum... 
Terima kasih kepada semua pembaca blog ini kerana masih setia dengan catatan disini. Ia adalah pengalaman dan ia juga tempat berkongsi sesuatu cerita agar dapat mengurangkan strees didalam profesyen yg saya cintai ini. 
Ini lah tempat yg pertama saya berkhidmat, tempat menabur bakti kpd nusa dan bangsa. Apabila semakin lama disini terasa sangat seronok dan selesa. Siapa yg mengatakan saya tidak mencabar diri untuk peningkatan kerjaya dan PdP? Itu salah dan bohong... Saya adalah seorang yg sentiasa mahukan cabaran. Semua jawatan telah disandang bermula dgn guru kelas, guru SPBT, guru data dan emis, guru disiplin, guru kedai buku, setiausaha sukan, jurulatih olahraga, jurulatih bola sepak, pengurus kontigen mssd sabak bernam, setiausaha  ko kurikulum, bendahari PIBG, bendahari Kelab guru, sehingga ke JU HEM, JU SPBT, JU 1 murid 1 sukan, dan Pengerusi Kelab guru. Boleh dikatakan semua tugasan pernah dilakukan sejak menjawat jawatan guru pada 1/8/1997. 
Mungkin ada yg bertanya, kenapa tak Isi borang naik pangkat? Eya lah... Guru Penolong Kanan? He 3x saya pernah mengisi borang naik pangkat, tapi ia membuat kan saya terus KECEWA. Entah dimana silapnya, saya pun tak tahu.... Jangan kan temuduga? Keputusannya pun tak tahu. Amat2 mengecewakan lorong kerjaya saya rupanya. Anugerah perkhidmatan Cemerlang pun setelah 12 tahun berkhidmat. 
Tahun 2013 bermula episod langkahan kerjaya suram saya berubah. Dengan izin Allah pegawai nazir kementerian telah berkampung di sekolah saya. Markah yg diberikan hanya 42% jer... Semua nya negative. Saya pun tak lepas dicerap. Namun daripada semua guru yg dicerap saya adalah empunya markah tertinggi. Dan komen daripada nazir yg menilai saya sangat positif dan banyak memberikan kekuatan kepada saya. Memang betul katanya manusia ni tak adil, kalau nak kan sesuatu yg istimewa tu biar kita yg menonjolkan diri. Kalau harap orang nak pandang kerja kita memang tidak le...
Disebabkan tuan nazir yg mencerap saya melihat potensi, kreativiti dan semangat yg ada untuk membantu murid mencapai yg TERBAIK maka dia sarankan mohon jawatan guru cemerlang. Namun sebelum tu dia cabar saya dengan meminta saya buat Inovasi dalam PdP sehingga orang boleh terbuka mata kepada kita.
 Cabaran itu yg saya sambut dan telah dinobatkan sebagai guru Inovatif negeri selangor sempena hari guru 2013. Kini saya percaya bahawa sememangnya perlu ada orang luar yg perlu melihat persekitaran dan menilai dengan instrumen yg tepat.Penilaian orang dalam  ini penuh dengan pilih kasih, emosi dan pelbagai spekulasinya. Walaupun tahun ini merupakan tahun 5 bintang bagi saya didalam kerjaya sebagai seorang guru belum tentu saya adalah penerima APC....
Fehhh, kontroversi tu statement saya... dan saya tak mahu isu, tetapi saya hanya mencoretkan apa yg terbuku didalam hati. Tak guna kita simpan didalam hati hanya menjadi STREES je. Ok Salam jumpa lagi....  Minta maaf saya tak pandai berbicara
  

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...