17 Oktober 2017

Belajar buat Nata De Coco

Pembelajaran sains sememangnya bukan hanya di Makmal Sains atau didalam kelas sahaja. Hari ini saya berkesempatan membawa murid-murid tahun 6 untuk belajar tentang Nata de Coco di Nandong natadecoco Sg Limau, Sg Besar
 Berkesempatan berjumpa dengan pemilik industri itu sangat membantu mengajar tentang cara memproses, mengendalikan, membungkus dan memasarkan produk Nata de Coco
 Nata de Coco yang dibuat disini sememangnya original daripada kelapa tempatan dan saya dan murid-murid berpeluang memegang dan merasa cara pembuatannya. Pendek kata dari A sampai Z le..
 Terima kasih yang tak terhingga kepada pemilik IKS ini kerana memberikan peluang untuk kami belajar tentang Nata de Coco. Sebagai guru sains saya sangat seronok dengan bio-teknologi yang diperkenalkan oleh kilang ini.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...