03 Mei 2018

CUKUP SETAHUN KITA LIHAT

Menabung tak rugi. Ini lah yang saya buat. Hari ini genaplah satu tahun duit tabungan saya. Ia tabungan untuk RM5
 Bagi pengetahuan sahabat sekalian. Saya hanya simpan wang hijau RM5 sahaja. Setiap kali saya menerima RM5 pasti saya simpan didalam tabung ini. Genap setahun berapa jumlahnya?
 Memang tak sabar. Betul lah kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" Pehhh... Kalau duit saya membukit, memang JUTAWAN oooo... Tak sabar, tak sabar, berapa agaknya RM5 saya setabung tu ye?
Banyak jugak rupanya. Bila dikeluarkan dari tabung, memang terperanjat besar. Rupanya RM0.50 pun ada banyak. Maka tiba masa saya mengira. Kesemuanya RM5 ada 86 helai dan RM0.50 ada 25. Syukur Alhamdulillah..... Lepas ni saya nak simpan tabung RM20 pulak. Ada berani ker....

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...