31 Ogos 2018

Membentuk Murid Yang Inovatif dan Kreatif

          Membimbing murid untuk menjadi kreatif dan inovatif adalah peranan guru. Oleh itu pelbagai pendekatan perlu digunakan dan diaplikasikan. Baru-baru ini saya berkesempatan membentuk kumpulan murid untuk menyertai Pertandingan Designnovation 2018 anjuran Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Pertandingan itu memerlukan peserta merekacipta bahan daripada bahan terbuang. 
       


Ternyata hasil asuhan dan bimbingan saya mereka berjaya menyiapkan dan dipersembahkan pada hari yang ditetapkan.
Rekaan kumpulan ini dinamakan REDAB iaitu akronim daripada Rekaan Daripada Botol Terbuang. Meskipun peserta yang bertanding terdiri daripada 6 sekolah Menengah dan 2 sekolah kebangsaan, tetapi berkat asuhan yang teliti murid saya berjaya memukau juri.
Ternyata pengalaman guru inovatif ini banyak ditumpahkan kepada anak muridnya dan akhirnya telah mengangkat kumpulan ini menjadi Johan dalam Pertandingan Designnovation 2018.
Harapan saya agar anak-anak murid ini akan terus mengaplikasikan segala ilmu yang telah dicurahkan agar menjadi murid yang kreatif dan inovatif sehingga ke peringkat tertinggi. Tahniah dan cikgu berbangga dengan anda semua.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...