27 Ogos 2008

Ramadan Dah Semakin Terasa

Syukur kehadrat Illahi kerana kita sentiasa dirahmati dan diberkati. Alhamdulillah tak lama lagi Ramadan akan menjelma... Bahang pun dah terasa. Kemeriahannya dah mula dinikmati. Macam saya kat kampung ni lagi merasai kehadirannya. Eya lah... tiap malam mesti ada kenduri arwah dan bacaan tahlil. Itulah tradisi orang Jawa. Ingat pada orang yang dah tiada. Kirimkan doa kepadanya sebagai tanda kasih anak kepada arwah ayah dan ibunya. ( anak soleh saja yang mengetahuinya). Dan yang istimewanya ialah jamuan nasi ambeng. He.. he.. kalau anda tak tau, ini lah gambar nasi ambeng. Nasinya di cetak untuk diletakkan ditengah talam. Ada mee, tumisan, ayam, buah, kuih dan serunding.... yang diletakkan di 4 tempat@ penjuru. Nasi ambeng ini bukan dimakan ditempat kenduri, tetapi dibungkus dan dibawa balik setelah dibahagi kpd 4 bahagian. Kalau dulu bungkus guna daun pisang( aromanya lagi best ) tetapi kini dah guna plastik. Menurut orang tua-tua, kenapa perlu dibawa balik, kerana ia untuk dimakan bersama keluarga, anak dan isteri dirumah.
Sebab itu orang jawa ni setia (beruntung sapa kawin dengan orang Jawa) lelaki tak curang punya. Jaga dan sayang anak isteri. Oh ye... Sapa yang teringin untuk mendapatkan resepinya bolehlah e-mailkan kepada saya atau kawin aje dengan orang jawa. Betulkan? Sempena ini saya ada risalah ramadan yang istimewa untuk anda muat turun. Ia amat istimewa. Jangan lupa ye... boleh baca untuk persediaan anda atau send untuk kawan-kawan.



Buat Duit Dengan Myspace

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...