29 Ogos 2008

RAMADHAN KIAN HAMPIR


Bulan yang mulia ini akan menjelma lagi
Semoga hari-harinya penuh diisi
Dengan ibadat, zikir dan mengingati illahi
Untuk menyucikan diri, jiwa dan rohani
Merasai keimanan yang sejati

Ramadhan ini
Hendaknya segala keinsafan mampu dikecap
Masa suntuk tidak lagi terucap
Berserah pada ilahi sambil wajah rendah meratap
Sambil titis-titisan air mata perlahan diusap
Agar Ramadhan ini penuh keredaan yang diharap


Ternyata Ramadhan adalah bulan nikmat
Buat insan yang berkehendak akan rahmat
Kerana pada nya lengkap sebagaimana janji allah didalam Al Kitab

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...