03 September 2008

KENAPA PENIAGA SEKARANG CEKIK DARAH?

Hai... Apa Khabar semua para sahabat dan teman-teman. Bersyukur kita kerana hari ini telah 2 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Ternyata Ramadhan ini bulan ujian, bulan kesabaran dan bulan penuh hikmah. Padanya banyak peluang untuk melipat gandakan ibadah dan pahala. Eya lah pada bulan ini ada solat tarawikh, ada tadarus malam dan ada bazar Ramadhan. Meriah...
Oh ye bercerita tentang Bazar Ramadhan ni, ada satu cerita yang terjadi petang semalam. Hari pertama berpuasa, hari pertama orang nak berbuka puasa, juga hari pertama orang membeli belah juadah. Saya pun bersama-sama pelanggan lain sedang mencari dan melihat-lihat apa yang boleh dibeli. Dengan harapan nak berjimat. Sedang saya melihat sebuah gerai menjual lauk pauk saya terlihat seorang lelaki agak berumur juga menunggu untuk meminta daripada penjual lauk itu. Dari raut wajahnya memang pakcik itu berpuasa. Pak cik itu pun bersuara " Dik bagi lauk kerang tu seringgit?. Sambil pak cik itu menunjukkan pada permintaannya. Tanpa diduga penjual itu bersuara. Barangkali merunggut, tetapi suaranya jelas didengar oleh pelanggan lain termasuk saya.
" Pak Cik oii.. Zaman ini mana ada barang seringgit. Semua dah naik. Minyak naik, barang-barang naik, upah pun dah naik. Kat sini tak jual seringgit. Kat gerai lain tak tau le.. Pak cik pergi je lah kat tempat lain.." Terdengar leteran itu membuatkan saya meruntun jiwa. Sedih, pilu dan sebak. Sampai hatinya peniaga itu berkata sebegitu kepada warga tua dengan sindiran sebegitu. Kenapa tiada langsung keikhlasan pada diri peniaga sekarang ye... Yang saya tak dapat terima tu, siap dihalau pak cik itu. Astagfirullah.... Memang melampau bagi saya peniaga itu. Amat zalim. Apa salahnya berilah satu sudu je atau beberapa ketul aje.... Ini tak bagi langsung. Mungkin pak cik tu hanya seorang tak kan nak beli banyak2. Atau hanya ada RM 1 untuk berbuka puasa pada hari itu. Dan saya pun tak jadi nak beli digerai itu. Terus berlalu. Bila tengok lagi pakcik itu, dah tak ada. Kesiaannya lah. Mungkin dia malu. Semoga suatu hari nanti atau hari lain dapat saya berjumpa lagi dengan pak cik itu dan kalau boleh nak ajak berbuka sekali. Saya masih ingat wajah pak cik itu.
Sesungguhnya zaman ini memang zaman mementingkan diri sendiri. Zaman kebendaan. Mereka tidak ada belas kasihan dan tidak ada semangat bantu membantu. Namun untuk rakan-rakan dan sahabat saya ini ada ole-ole. Brauser atau pamplet ramadhan. Boleh le download dan potostat serta edarkan pada kawan-kawan atau fowardkan sahaja.
Download kat sini
jangan lupa download ye...

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...