20 September 2008

TERINGAT RAKAN SEPERGURUAN DI MPSAH

Hai… Dah lama tak menulis kat blog ini. Bukan tak ada idea tapi tak sempat, tengah sibuk dengan tugas-tugas seorang guru. Eya… lah anak-anak murid yang tahun 6 ni nak ambil periksa UPSR. Dalam BI pulak tu.. Kena kerja lebih le.. Sekarang Alhamdulillah dah selesai. Harap mereka semua success. Begitu juga kawan-kawan guru ku yang lain. Macam mana sekarang? Puasa OK? Aidil Fitri dah nak menjelma. Tentu sebok dengan persiapan kan….

Oh ye.. sempena Aidil Fitri yang semakin hampir ni…. Teringat pulak kat kawan-kawan seperguruan 10 tahun dulu. Kat MPSAH dulu… Macam mana cerita mereka ye?. Memang banyak kenangan pahit, suka, duka, gembira, tawa, dan macam2 le… Agaknya diaorang dah ada yang jadi Guru Besar kot? Atau orang PPD. Aku memang betul-betul hilang maklumat dan berita tentang kawan-kawan aku tu. HOOOII APA KHABAR KORANG SEKARANG???.. send le berita kat aku. Kita boleh tukar2 maklumat semasa.


Ha… belek2 album lama, jumpa gambar ini. Kenangan semasa majlis konvokesyen tahun 1998. Yang kat tengah tu le aku… ( Wak tak kisah )tapi sekarang dah lain le… Apa cerita mereka ye… Mungkin Najidah dah ada anak 5 kot. Mariani tentu dah dapat APC ye. Dia tu rajin orangnya. Nina pasti still maintain. Zamri, nizam dan Mohd Apandi dah jadi coach daerah agaknya. Mereka tu sangat komitet dengan kerja. NIK ZAKI? Macam mana pulak MEOR, Mat Akhir dan Lawrence sekarang ye? HABIB dah dapat DG41 kot. Mariana, Yaya, Kak Anisah, Mazni, Normaliza, Masnura, Maizan tentu tengah sebok mengira-gira nak tambah cahaya mata. Tak apa… aku sokong betul anak ramai ni. Mashitah dan syikin apa khabar ye? Yang tak ada kat gambar pula tentu telah menjadi guru-guru harapan sekolahkan? Ternyata kat MPSAH dulu amat menyeronokkan. Ha... Saya ada e-book untuk dikongsi. FREE je. DOWNLOAD YE... e-book Hukum Tajwid. DOWNLOAD KAT SINI

Jadi jika ada yang terjumpa blog http://www.cikguzailani.blogspot.com boleh le respon atau join forum kat sebelah ni. Kita boleh tukar pendapat tentang P&P atau tentang apa-apa je lah… Akhirnya semoga kalian gembira disamping tugas harian. Senyum ye..

7 ulasan:

Cikgu Zailani berkata...

Jangan lupa ye tinggalkan e-mail dan no HP.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Bertemu kembali. Apa khabar?
Idah alhamdulilah sihat. Idah kini menetap kat Kulim. Anak baru 4 orang 2 lelaki 2 perempuan.
Mengajar di SMK Taman Kenari.
Kalau lalu ke Lunas sila la singgah ke rumah.

Email: najidahomar@gmail.com

Cikgu Zailani berkata...

Hai Najidah...
Hang kat kulim ye...
Eh aku 2 tahun tahun lepas praktikum KDP 14 minggu kat SK Taman Selasih tau...
Terima Kasih pasal replay..

Kalau macam ini kita kena buat group le nampaknya, senang nak tukar2 berita

Unknown berkata...

Tahun lepas baru habih full time PKPG kat USM buat Multimedia Interaktif. Belajar semua tapi blog sampai sekarang tak buat lagi..malas bebenor
Kalau nak kongsi maklumat tentang apa sahaja subjek multimedia bolehlah..
sekarang mengajar ICTL Ting 1 dan 2 sahaja so memang duduk depan komputer dari pagi sampai petang..
hangpa semua dah dapat ka DG32?

Cikgu Zailani berkata...

Tahniah...
Hebat betul kawan aku sorang ni.
Aku biasa je...
masih cikgu biasa...
Gaji pun siput je....
Tapi Alhamdulillah jugak le...
Tahun lepas dapat DGA32
Sambil tu ambil PJJ kat OUM
kalau tak ada apa halangan 2010 habis le..

Unknown berkata...

mintak Wak buat ruangan ini di bahagian atas blog agar senang nak post comment..geng lain maybe tak perasan

...:Koleksi Lagu Pilihan:...