23 April 2009

Minggu ni Minggu Setiausaha...

Assalamualaikum...

Minggu ni saya banyak program luar yang melibatkan NGO. Kira macam orang besar2 le... Tapi yang ini tak bergaji. Sukarela wan he.. he.. Tapi kat sini saya nak ucapkan selamat menyambut minggu setiausaha kepada semua para setiausaha2 kat Malaysia ni. Eh... Saya pun setiausaha juga tau.. Banyak lagi, antaranya ialah setiausaha Belia 4B Tebuk Mufrad, Setiausaha Sukan Sekolah, Setiausaha Panatia Science SK Parit Baharu dan setiausaha surau Kiyai Hj Mustafa Tebuk Mufrad. Kira saya pun antara orang yang turut meraikan minggu ini.

Tapi semua itu kerja-kerja yg tak ada berkepentingan mcm diaorang le. Tak ada bos yang nak diampu dan tak ada siapa nak dikipas. Semuanya ikhlas.

Bagi saya yang paling penting, semasa menjalankan kerja2 kesetiausahaan ni ialah ENJOY... Kalau tak enjoy kita akan tension. Ia akan menyebabkan strees pada kita. Itu yang jadi kepala senget semacam aje. Pasal tu le sampai sekarang saya masih stabil dan masih lagi best. Masih lagi tetap ceria dan terus boleh mengemaskinikan blog ini. OK itu saja untuk kali ini. Semoga para setiausaha kat dunia ni tetap tabah dan ceria didalam menjayakan kerja kerana ALLah

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...