recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

10 May 2009

Cikgu... Ini kali pertama makan KFC

Hari ini hari yang ceria dan gembira. Semoga semua anda pun sama. Kali ini saya nak bercerita tentang suka duka gembira sebagai seorang guru@ cikgu le.. ( Cikgu sekolah rendah je… ) Pada bulan Mac 2009 yang lalu saya sebagai pengurus pasukan kriket bawah 12 tahun SK Parit Baharu telah menyertai kejohanan MSSD Sabak Bernam. Alhamdulillah… kami telah menjadi naib johan dalam kejohanan itu. Walau pun tak berapa seronok, tapi gembira jugak le. ( Ini kali pertama jadi naib johan) hee… he…

Kegembiraan ini dikongsi bersama seluruh warga sekolah dan guru besar. Dan… guru besar kami En Baharuddin Ibrahim telah bermurah hati untuk menjamu kami semua untuk makan KFC. Alangkah seronoknya budak-budak kami. Tersenyum lebar mereka. Tak tau nak cerita macam mana… tentang kegembiraan itu.
Maka kami singgah ke Restoran KFC di Sungai Besar. Makan bersama-sama. Penuh restoran itu dengan skuad kriket parit baharu. Lantak le… aku kata. Ini hari korang. Maka mereka pun makan le dengan berseleranya. Sedap cikgu… katanya. Kita pun tumpang sekali. Selesai saja makan maka kami pun bertolak pulang ke sekolah.

Didalam perjalanan tu… didalam kereta bersembang lah salah seorang murid itu kepada saya. Namanya tak boleh nak sebut le.. “ Cikgu… Best betul le hari ini.” Kenapa? Tanya saya. “Ini kali pertama seumur hidup saya makan KFC … cikgu”. Katanya. Saya tergamam mcm tak percaya. “Betul cikgu?” tambahnya lagi mengukuhkan ceritanya. Sebak saya mendengarkannya. Ya Allah… rupanya masih ada juga dikalangan anak muridku ini yang kurang bernasib baik. Tak pernah makan KFC. Terima kasih kepada guru besar sekolah aku yang telah memberi peluang kepada murid-muridnya merasai kenikmatan ini. Pasti kenangan dan saat ini diingat sepanjang hayat murid itu. Kali pertama makan KFC dengan guru besar ku semasa jadi N. Johan kriket daerah

Insyaallah le kalau suatu hari nanti aku jadi GB aku akan cuba memberikan sesuatu yang istimewa dan bermakna kepada anak murid ku.

1 comment:

IZZAT RIDHWAN said...

siannyer korang. uhuk...uhukkk...
ayam oreng tu sama jer.
goreng sendiri atau pasar malam lagi sedap sebenarnya.
apapun kami dah boikot KFC

...:Koleksi Lagu Pilihan:...