10 Mei 2009

eMak... I Love U

Hai... Semoga anda semua ceria. Sorry le dah lama tak menulis kat blog ini.. Sebok dengan P+P kat sekolah. Maklum le mengajar matematik tahun 6. Menyiapkan student aku nak pergi berperang. He... he...

Oh ye... Sempena hari ibu pada hari ini saya nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu saya Puan Azizah Bt Hj Sayuti. Dialah permata hatiku sepanjang hidup ini. I Love U mak...

Kepada sesiapa yang masih ada ibu semoga kegembiraan sentiasa dikongsi bersama.. Saya masih ada ibu dan bapa. Tahun ni saya bawa emak dan bapa saya pergi ke Pulau Pangkor. He.. he.. Bagi le mereka merasai kenikmatan bercuti. Saya amat bertuah masih mempunyai kedua orang tua. Saya juga tinggal bersamanya. Jadi setiap hari saya boleh melihat dan bersembang dan bercerita dengannya. Kepada yang tinggal berjauhan saya mohon jgn le lupa ibu bapa korang. Berilah perhatian kepada mereka... Kalau tak sempat balik menjenguk pun cuba le selalu-selalu call. Telefon dan cakap le apa-apa pun. Telefon bimbit ada kat sebelah tu je... Bukan mahal sangat pun. Ala duit boleh dicari kan. Please le jangan lupa selalu call ibu bapa korang tau... Bukan hanya sempena hari ibu je. Hari-hari pun tak apa. Ingat pesanan cikgu zailani tau. Ingat menyesal kemudian tak ada gunanya.

Kepada semua IBU ibu semua saya juga ucapkan selamat hari ibu. Semoga kalian terus gembira dan bahagia. Ok Bye.......

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...