01 Jun 2009

Jadi PENCERAMAH dah....

Hai... Apa kahabar semua... Lama tak menulis di blog ni, sebok walaupun masa cuti sekolah. Oh ye... saya nak mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid dan guru-guru sekalian. Pada 29 hingga 31 Mei yang lalu saya telah dijemput untuk menyampaikan slot ceramah untuk Kusus Patriotisme Kepimpinan Belia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sabak Bernam dan belia 4B Tebuk Mufrad. Kursus itu telah diadakan di Pangkor Indah Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Tajuk yang diberikan kepada saya ialah Peranan dan tanggung jawab generasi muda. Berat juga tu.... Dibawah ini adalah beberapa gambar semasa slot ceramah sedang dijalankan. Boleh le... Nak cuba-cuba.
Peserta kursus itu ialah para belia yang berumur 17 hingga 40 tahun. Berlainan betul berbanding dikelas mengajar murid-murid sekolah rendah. Best jugak le..... Aktiviti kumpulan dijalankan dengan menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan sambil menuliskan peranan belia. Tapi memang para belia didalam kursus ini amat kreatif. Saksikan gambar-gambar mereka sedang membuat perbincangan. Tugasan yang saya berikan ialah setiap kumpulan perlu mengandingkan tangan dikertas mahjong dan setiap ahli memberikan peranan dan tanggung jawab mereka kepada diri sendiri.
Berbagai kreativiti telah ditonjolkan untuk menggabungkan tapak tangan ahli kumpulan agar hasilnya menarik.

Slot selama 2 jam 30 minit itu diakhiri dengan sessi pembentangan. Maka amat bertuah lah kepada yang berani memberikan komunikasi dihadapan dengan baik di sessi ini. Apa pun saya seronok dengan jemputan menjadi penceramah ini. He... he.. kalau ada lagi boleh le jemput saya lagi. Bayarannya murah je... OK Bye & jumpa lagi

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...