12 Jun 2009

Ceramah MOtivasi di MaSjid

Assalamualaikum... Selamat bercuti sekolah kepada rakan guru dan murid-muridku sekalian. Sekalipun cuti tetapi aktiviti dan proses pembelajaran sewajarnya terus berlaku. Betul kan?... Bagi saya tak ada ertinya cuti untuk proses pembelajaran. Oh ye... nak cerita tentang Khamis malam Jumaat lepas saya telah dijemput utk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar2 yg berusia antara 10 hingga 17 tahun. Seram jugak.... maklum le bukan ustaz. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya menyampaikan ceramah di Masjid. Maklum le lesen kecik. Kat dalam kelas je.... Takut kena tangkap tak ada tauliah menyampaikan ceramah di Masjid. Tapi rasanya clean le... he... he.. Kita tak sentuh isu politik tau. Alhamdulillah juga sambutan oleh para pelajar yang terlibat. Program ini adalah sempena Kem Remaja Soleh anjuran JK Masjid Kampung Tebuk Mufrad. Didalam ceramah itu saya menekankan pentingnya pendidikan kepada semua orang terutamanya bangsa melayu yang beragama islam. Semoga semua hadirin, ibu2, bapa2, anak2 dan semua yang hadir telah mendapat faedah bersama tentang perkongsian ilmu itu tempoh hari.
dan.... yang paling bestnya ialah jamuan lepas tu. Dapat le kita makan setalam dengan tuan imam dan semua yang datang. Ia merupakan satu pengalaman yang amat menarik kepada saya untuk terus berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada semua lapisan masyarakat. Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan kerjasama kepada saya........ OK bye.

4 ulasan:

Ayu Zan berkata...

nasi ambang ek tu?

huda berkata...

cikgu yg berkaliber.semua bole...good job and well done.

Cikgu Zailani berkata...

kah... kah.. Cari makan le kak huda

Cikgu Zailani berkata...

kah... kah.. Cari makan le kak huda

...:Koleksi Lagu Pilihan:...