22 Ogos 2009

Alahai Anak-Anak ku...

Assalamualaikum. Kepada para sahabat, akan dan teman-teman semoga sentiasa mengikuti blog ini. Terima kasih semua. Oh ye... pada dari ini telah tinggal 19 hari lagi untuk menjelang peperiksaan UPSR 2009. Jantung semakin berdebar. Hati semakin tidak karuan dan adakalanya terbawa-bawa ke dalam lenaku. Tentang prestasi anak-anak muridku pada tahun ini. Terutamanya subjek ku Matematik. Kerana itu cikgunya amat risau. Mereka tidak seperti anak-anak murid ku yang lepas-lepas. Mereka ni LAIN MACAM SIKIT. Benar-benar merisaukan.

1. Mereka kurang serius didalam pelajarannya. walaupun dah sampai waktu nak akhir periksa hampir tiba. Masih bermain-main, masih bergosip-gosip dan masih ada masa nak bersurat-surat cinta lagi. Sikap2 itu yang merungsingkan cikgunya. Mereka tak faham2 walaupun dah banyak kali diberi tahu....
2. Korang tengok sendiri le.. kelas malam setiap hari selasa yang sukarela diadakan untuk membantu mereka menghadapi UPSR sejak 3 bulan lepas pun ramai yang tak datang. Itu FREE tau.. Tak kena bayaran walaupun cikgunya bagi kertas lembaran kerja dan sanggup datang malam. Yang datang pun tak berapa serius untuk belajar.

3. Dengan hari peperiksaan yang semakin hampir, serta terdapatnya cuti semester menjadikan prestasi UPSR untuk MATEMATIK di SK Parit Baharu ini membimbangkan. Tak banyak yang cikgu dapat bantu. Semuanya terletak kepada bakal calon UPSR ini. Kalau anda buat ulangkaji, study lepas sahur, ada masa terluang dan itu akan memberikan impak kepada anda semua. Tapi jika anak-anak muridku ini terus tidur, dan tak larat serta malas menggulangkaji pelajaran itu juga lah bekalan yang akan anda bawa untuk peperiksaan UPSR nanti
Walaubagaimana pun sebagai seorang guru, saya akan terus mendoakan anak-anak murid ku sekelian berjaya dengan cemerlang didalam UPSR pada 8,9 dan 10 September 2009 ini. Jika ada waktu disaat akhir pun cikgu akan bantu anda semua. Yang penting berusahalah wahai anak-anak muridku. Kejayaan itu ada didalam dirimu sendiri.

4 ulasan:

hidayah berkata...

tq cikgu kerana banyak berjasa...
hohuhohu~

Cikgu Zailani berkata...

Sama-sama Hidayah...
saya seronok berkerja sebagai guru ni... mendidik dan mengajar insan agar berpengetahuan dan berguna dimasa hadapan.

siti noriza saleh berkata...

adik siti pun, taun ni upsr..tapi tgok dia wat derk je ngadap tv..kita lak yg hangin...

Cikgu Zailani berkata...

hai siti...
Semoga sihat ye. Rasanya bagus juga kita nasihat menasihati. Budak2 ni sebenarnya belum sedar lagi. Kita le yang perlu menyedarkan mereka. semoga adik siti succes dlm UPSR nya

...:Koleksi Lagu Pilihan:...