23 Ogos 2009

SaPa Kata Lelaki tAk panDai Masak

Hai... Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pembaca, rakan-rakan dan teman-teman. He... he.. tentu korang tengah memikir2 juadah nak berbuka puasa petang ni kan. Oh ye... Cikgu Zailani nak berkongsi resepi dan satu juadah untuk berbuka. Bagi saya senang je.. sebab lelaki mcm saya pun boleh buat. Eh... Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni le.
RESEPI KERABU MANGGA

oOO... Sebelum tu, Ramuan-ramuannya
Buah Mangga /Pelam beberapa biji, Orang Kelantan kata Pauh
Bawang Merah, Cili api le... dan cili merah hijau lah...
Serai ( Semua tu dipotong halus2 ye... )
Kacang Goreng ( beli je yg peket Cap Tangan ) tumbuk
Udang Kering ( ditumbuk halus tau... )

Kemudian satukan bahan-bahan tu semua kedalam sebuah bekas macam kat gambar bawah ni ye.... Masakan orang lelaki, main campak-campak je. Tapi sedap tau. Tengok le kat Hotel-Hotel tu Chefnya kan lelaki... Pasal tu nak kata ni le

Jangan lupa bubuhkan garam dan gula secukup rasa. Asam tak payah sebab buah mempelam tu kan dah masam... Kemudian gaulkan semua bahan tu rata-rataAkhir sekali dah gaul rata-rata tunggu le masa berbuka untuk dirasa. Jangan belum buka dah rasa. Batal Puasa. OK le untuk post kali ini. Selamat mencuba.... Bye.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...