26 Ogos 2009

BILIK BOSS ku di naik taraf... Please Tolong Bantu

Assalamualaikum ....
Kepada para sahabat, teman2, rakan2 guru SPBT, para pembaca blog ini dan semua yang berkaitan dengan SPBT di sekolah. Bersyukur ke hadrat Allah kerana saya berkesempatan untuk mencatat dan menghantar post untuk kali ini.

Sebagai guru SPBT sekolah saya amat gembira dan berterima kasih kepada Guru Besar SK Parit Baharu, Cikgu Baharuddin Ibrahim kerana sudi memperkenankan permohonan dan permintaan saya untuk mengindahkan bilik BOSS SK Parit baharu ini. Nampaknya bilik BOSS akan bertukar wajah. Ada Tile dan Rak baru... Akan di cat semula. he... he.. apa agaknya ye. colour yang sesuai dan sepadan ye.. Boleh bagi cadangan kat saya....

Ini ada beberapa gambar kerja-kerja pemasangan Tile. Sebelum tu terpaksa le saya mengeluarkan segala buku-buku yang baru, yang lama, kotak2, almari dan segala khazanah yang ada di dalam bilik BOSS ini. ooo.. LETIH jugak le. Masa tu belum puasa lagi... kalau tak memang nampak anak bulan. BUKA PUASA.. Pasal tu gambar proses tu tak dapat di ambil. Oh ye... Terima kasih kepada Kak Wati dan Wak Tohar tukang kebun swasta yang banyak membantu. Tak lupa juga kepada Wak Jahri pengawal keselamatan. Kepada GPK HEM juga TQ sebab pilihkan warna TILE yang cantik... Bunga2 lagi. Terima kasih kepada semua guru2 yang banyak membantu didalam proses angkut mengangkut. Juga semua ahli KELAB SPBT yang rajin angkat buku yang berat2 tu... Ibaratnya nak raya kat bilik baru tahun ni.
Walaupun bilik BOSS SK Parit baharu ni tak berapa besar, satu bay sahaja tapi aku akan buat susun atur yang sempurna. Macam ERIC LEONG buat le.... Ini yang nak tanya kepada para blogger sekalian. Maklum le anda semua sangat hampir dan rapat dengan SPBT kan. Yang utamanya ialah cat dindingnya?... COLOUR APA YE?...
Nanti anda semua pasti akan dapat melihat pertukaran bilik BOSS ini. Macam mana ye agaknya? Saya pun masih Blur.... Beri le IDEA... nak buat macam mana? Guru Besar dah bagi peluang saya decorate mengikut cita rasa sendiri... semoga para sahabat sekalian boleh respon untuk mencantikan semula kan. Nak beli Bunga Macam mana? Kerusi? Apa-apa le yang menceriakan. Budget tak saya tak kisah, tapi rasanya memang kena keluar duit sendiri le. Okey le untuk kali ini sampai disini dahulu ye... Bye.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...