recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

31 August 2009

52 Tahun dah MERDEKA..

Hai...Salam Kemerdekaan ke 52, Salam satu Malaysia dan salam Ramadhan untuk kali ini. Tentu kalian sihat sejahtera disamping keluarga dan tugas harian.

Bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya Malaysia, negara ku tercinta ini terus aman, sentosa dan makmur. Kini dah genap 52 tahun merdeka pada 31 ogos 2009. Saya amat bangga menjadi rakyat Malaysia. Oh ye... pada 30 Ogos semalam saya telah berkesempatan bersantai-santai ke KLCC. Mercu tanda kebanggaan Malaysia. Wow... hebat kan Malaysia ni. Walaupun saya memang tak ada plan nak pergi sambutan 31 Ogos ni tapi nak juga melihat2 keistimewaan dan kehebatan Malaysia. Tengok sendiri le betapa bangganya saya berdiri dihadapan KLCC tu... Ini lah Malaysia yang kucintai dan akan kupertahankan keamanannya dan kemerdekaannya.

Ramai orang kata mari kita kenang perjuangan nenek moyang kita yang telah bersusah payah bermandikan darah mempertahankan tanah air ini daripada penjajah, dan ada juga yang meminta kita mengibarkan jalur gemilang tanda kita patriotik. Itu semua masing-masing punya pandangan. Bagi aku... kita orang muda ni tak pernah nak rasa kepayahan tu. Cerita le tentang Jepun menjajah Malaya atau perjuangan UMNO dengan mengusir penjajah Inggeris, itu semua macam cerita lagenda yang penuh tokok tambah nak bagi sedap cerita. Tiap orang yang bercerita ada versinya sendiri. dan macam-macam le..... Orang2 muda ni tak rasa itu semua. Lahir je dah senang macam ni. Susah nak cerita le...

Jangan le kita kata mereka ni tak patriotik atau tak ada semangat keMalaysiaan. Tebal jiwa kemerdekaan dijiwa mereka ini dan semangat patriotiknya amat hebat sebenarnya, cuma belum diuji je.. Orang dulu-dulu tu dah diuji memang le diaorang boleh bangga-banggakan. Betul tak?

Sebenarnya kita orang2 muda ni pun punyai jiwa patriotik dan bangga menjadi anak malaysia serta akan mempertahankan tanah air yang tercinta ini jika ada perkara buruk terjadi. Kita akan berada dibarisan hadapan mempertahankan Malaysia... Ini pasti tau.

Alamak... berceloteh pulak saya tentang kemerdekaan dan patriotik pulak kali ini. Tak apa kan. Ini blog saya. Blog Cikgu Zailani, apa nak tulis dan nak cerita lantak le... Kalau nak comment sila lah... Yang Penting saya akan terus kata kepada semua anak-anak murid saya "BANGGALAH KITA JADI ANAK MALAYSIA" dan "SAYANGI MALAYSIA". ok jumpa lagi lain kali bye....

2 comments:

Firli said...

TQ kerana komen tentang HAI-O , Alang pun pernah jumpa beberapa member lama yang cuba HAI-O ni setakat ni br dua orang yg menjadi itupun kerja mula 7 pagi sampai 2 pagi esok...mau taknya lepas sekolah terus cari client...rumah dah tak kenal..keluarga buat tak tau aje...DUIT DUIT...depa kata boleh mati tgh jln cari duit..kebanyyakkan menyesal tapi dah terperangkap...Sebenarnya banyak cara lain ada member jual burger cikgu pulak tu kerja 8 malam sampai 12 tghmalam ...sebulan boleh dpt 3 ribu ..skrg dia bagi org lain masak burger..upah satu burger 25 sen yang terjual...dia dok rumah bulan bulan masih dapat 3 ribu..tapi tapak meniaga dia strategik... ada banyak lagi ...cerita lain kali..Adios

Cikgu Zailani said...

He.. he.. itu antara kisah yg baik. Aku dalam proses nak bukak syarikat. Nak bukak consultant sebab ada banyak peluang ni dengan pejabat belia dan sukan. Tapi yang penting sebenarnya ialah idea kreatif dan yakin. Baik apa sekalipun kerja part time..
walaubagaimana pun bisnes utama kita ialah MENGAJAR. jangan lupa.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...