recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

03 September 2009

Mencari Ketenangan di Ramadhan ini








Hari ini dah 14 hari berpuasa. Dah makin selesa dengan disiplin Ramadhan. Lapar dan dahaga serta pantang larangnya. Walau bagaimana pun aktiviti excercise tetap diteruskan. Nak kekalkan kesihatan. Maklum le bila usia dah meningkat ni metabolisma kurang sikit.. ( nak cerita le yang saya baru lepas excercise ni he... he.. )

Ramadhan kali ini terasa tenang sekali. Semacam ada yang istimewanya. Tapi setakat ini belum jumpa istimewanya.. Oh ye.. Yang istimewa nya tentulah malam LAILATUL QADAR kan.. Seperti yang tertulis di kitab Al Quran. Semoga kita semua akan menemui keistimewaan itu... Sebenarnya setiap kali lepas solat tarawikh saya selalu berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan akan datang. Ya Allah ya tuhanku... Jangan lah jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir... Sesungguhnya aku belum bersedia. Masih kurang bekalan untuk dibawa menemui illahi. Masih kurang amalan dan pahala yang dihimpun. Percakapan buruk dan caci pun belum diampun.. tangan kedua ibu bapa ku belum puas dicium. Pertemukan lah aku dengan satu lagi ramadhan. Amin..
Ops... emosi pulak. Tak apa kan.. Ini blog milikku. Semua catatan juga olehku. Nak bagi respon dan comment silakan. Tapi jangan saman.. he.. he..

5 comments:

Firli said...

Salam sejahtera.....Jangan over nanti
dehidrasi...boleh...mati oooo...jangan kata nak jumpa ramadhan satu lagi Syawal pun silap silap tak sempat...bagi gua bulan ramadhan kita kena banyak MUHASABAH diri dan tingkatkan ibadah TAMPUNG yang cacat cela ibadah kita..banyakkan SOLAT SUNAT,MEMBACA AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA SEKALI....Berapa ramai yang pergi-balik masjid buat TERAWIH...tetapi hakikatnya DOK MACAM TU JUGAK...kekadang aku terfikir...itu lah kelemahan manusia.....Itu kelebihan tuhan jadikan manusia ada otak (bahasa rasmi maknanya pandai sikit dari menatang)...TUJUANNYA dapat melihat,berfikir dan bertindak memperbaiki diri...Lagi satu bila tiba ramadhan yang menyebut LAILATUL QADAR...Yang Aku faham dari tok guru bukan calang-calang orang yang dapat....orang biasa mcm kita ni, aku rasa boleh kira dengan sebelah jari....Nak ketemu lailatul Qadar amalan dan niat kita mesti ikhlas...Ini yang susah dan kalah dalam DIRI KITA.....IKHLAS...senang di sebut..tetapi hakikatnya TUHAN yang tahu.....Walaubagaimanapun jingga ke temu Malam tu ANDA kira makhluk Tuhan yang terpilih dan bertuah...mungkin kita semua telah ketemu malan itu tetapi dengan amalan dan niat kita kita tak dapat merasai kenikmatan Malam LAilatul Qadar............Adios ,kamikaze,Suzuki,Ajinomoto, JUMPA LAGI ...Balas jgn tak balas...nak tengok siapa yang kena Kah kah....Jgn Gelojoh bila buka posa hari ni

Cikgu Zailani said...

Thanks about your respond. Saya suka dengan nasihat awak.. He... he.. Semoga Allah akan sentiasa merahmati anda.

Che' Pit said...

salam cikgu,

wah wah wah, siap posing ek pas eksesais.. ok lah tu, tak makna bulan puasa kita takleh eksesais, cuma berpada2 lah jgn sampai memudaratkan diri sdri..

hmm suka ayat2 akhir tu

"Ini blog milikku. Semua catatan juga olehku."

so, catatlah apa yg kita nak catat tapi jgn sampai menyentuh apa2 yg tak patut sudah lah yer tak?

Cikgu Zailani said...

thank che pit,
diatas nasihat dan tunjuk ajar tuan..
semoga kita akan lebih berjaya dengan kerjaya masing2 dan serasi sebagai blogger.
TQ....

hidayah said...

cikgu, kekadang terkorek hidung. hihihi. tak senooh kan? terlupa puasa hihihi

...:Koleksi Lagu Pilihan:...