08 Ogos 2009

Siti... I Love U so much

Bersyukur kepada illahi diatas segala-galanya yang telah saya nikmati didunia ini. Pada Ogos ini adalah penuh bermakna buat saya. Bermacam-macam rezeki saya perolehi. Eyalah... bulan kelahiran saya. Yang terbaru ni ialah Siti aku dah sampai... eh bukan siti le CITY, HONDA CITY ku dah sampai pada ku. Memang best. Memang smart. Memang seronok le kat hati ini... Maklum le kereta baru. Korang boleh le tengok sendiri betapa riangnya saya tu... he. he.. Boleh le kita sama2 bersiar2 round Sg Besar.....
Sebenarnya ini lah nikmat dunia. Kah... kah... Kita kerja hari-hari tak kan tak nak happy dan gembira kan. Tak kan nak naik kereta yang grehek2 tu je.. Ini le kena pakai yang berjenama sikit kan.. walau pun tak mahal sangat. Tapi mahal jugak le. Oh ye.. Supaya Guru akan terus dipandang mulia oleh masyarakat. Ada penampilan dan dihormati. kalau naik motor cabuk je pergi balik kesekolah mesti mak bapak budak akan kondem kita. Apa le cikgu tu... Macam tu nak mengajar anak aku. Boleh ke? Tapi bila Cikgu tu berpenampilan menyakinkan mesti ibu bapa yang tengok pun rasa segan. Nak jumpa kita pun kena fikir 2,3 kali... Bertali leher, Blazer dan kasut kilat. Keluar dari kereta berkilat. Baru le dipandang hormat. Makwe2 pun baru senyum sikit... Kah3...
Apa pun ini le kereta idaman milik ku.. Memang sayang sangat. Bukan nak menunjuk, bukan berlagak, bukan menggoda dan bukan mengada-ngada. Itu le foto2 terkini saya dengan HONDA CITY terbaru ku... He.. he.. senyum sampai pipi. SEE You Again

13 ulasan:

Cikgu Zainal berkata...

memang cantik honda tu. Tahniah dah dapat segala impian. he he he......

prinsip tu ada kureng sikit mcm tak boleh di pakai kat jb nie.

kalau nak ikut cakap orang bagi dia nampak hormat sikit memang nak mampos dunia. bukan apa, kita nak lawan makbapak dia orang. mana boleh ...........

makbapak dia orang semua pakai kereta 100k keatas, setakat wish, streem, crv, merc, rovers mane cikgu nak lawan. hilang akal apa?

gaji cikgu berapa lah sangat????
mak bapak diaorang gaji 30-40k sebulan, bisnes mcm2, umah sewa berbelas2 tapi yuran tak bayar jugak. kat jb nie naik moto adalah lebih praktikal, bukan tak nak naik keta beso tapi kita nak bagi puaskan hati orang ajer. tiap2 bulan kita jugak jugak nak bayar bulan2. apa ada makbapak dia orang nak tolong bayar. tak payah la, biar la kita ni orang nampak miskin tapi tak de hutang. bukan tak boleh tapi dielakkan kalau mampu.....

kalau nak motor cabuk tak hormat guru, naik keta baru baru nak hormat. itu silap besar la. sedangkan guru lah yang telah melahirkan insan2 yang telah berjaya malah lebih pandai dan lebih berjaya lagi dari cikgunya. jadi tak salah naik moto cabuk. usahlah dihina sekiranya kita naik motor cabuk, rezeki masing2.

Cikgu Zailani berkata...

Cikgu Zainal.. Betul tu, Itu semua pandangan masing2. Yang penting hidup mesti heppi kan. Good Luck for you.

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu..selera cikgu dgn abah sy sanalar..nk pakai honda city..
tp lom tercapai lagikk
lau dpt raya satu kampung aa...
hahaha..
paper pun tahniah yer cikgu..

tp sylah as a student kan..cikgu takleyh aa kata camtu..bkn semua org tak hormat pada guru..tak kisah lah guru tu sape ke..apa yg dia bawak ke apa2 aje..guru tu seorang yg mulia..jasa guru mmg x terbalas ngan apa jua keadaan..tanpa guru mustahil insan2 yg cemerlang dpt dilahirkan..btl x?

tak berapa nk setujulah dgn apa yg cikgu zainal tu katakan..
tak semua bependapat camtu..

Cikgu Zainal berkata...

conan_ syuxuky: awak cakap apa nie?eh, apa pulak saya yang kena ni. salah ker saya cakap?
cuba la di pikir kan mcm kami ni duduk jb, gaji cikgu , anak 6, nak byr umah, makan, pakai lagi, api n air, belanja ank sekolah lagi
,lain2 keperluan yang dipikirkan perlu.............. kalau di kira memang tak mampu nak beli honda. kalau honda c70 yg 2 roda tu ok la kot.

kecemerlangan seorang guru itu bukan dinilai dari luaran sahaja. keikhlasan sebenarnya walaupun sepanjang berkhidmat memang tak pernah bau @ mimpi la nak dpt APC.
kita buat kerja setengah mampos pun kalau pentadbir nampak kita nie salah ajer memang sampai Innalilahi wa inalilahi rajiiun memang tak dapat APC la.

selama ini cikgu2 saya dulu memang tak pandang itu semua tapi zaman sekarang ni semua nak tengok kebendaan diniawi. kalau naik keta beso semua kawan tapi kalau naik motor cabuk buat2 tak kenal jer.


ini sebagai pendapat sahaja tetapi bukan prinsip sebenar penulis...... terpulang kepada seseorang individu untuk menilainya........

Teacher Hafizah berkata...

tahniah mendapat kereta idaman

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu zainal..
saya mitak maaflah maybe saya da guris hati seorang guru..x berniat pun. Cuma..mungkin saya kelirulah knp mesti nk kena ada orang yg mcm yg cikgu katakan tu.. kalau naik motor cabuk tak hormat guru, naik keta baru baru nak hormat...

yep..memang betul apa yg cikgu kata..klu nk dibandingkan apa yg cikgu kata dgn pengorbanan seorang guru mmg x ternilai..mmg x terkira
tapi seorang pelajar seharusnya mmg hormati pada guru mereka cuma hanya segelintir jer yg mungkin memandang rendah pd insan yg bernama guru sbb mereka buta..buta menilai ketulusan hati seorang guru..

Sekali lg saya mohon maaf atas silap sy td..bukan sengaja bukan niat utk mengguris sekadar meluahkan apa yg dirasa oleh seorang insan bernama pelajar.
Tapi..terima kasih juga atas teguran cikgu tu.

Cikgu Zailani berkata...

Hai conan syuxuky... Terima kasih diatas komen awak. Ini le namanya idaman dan impian. Inginkan kemewahan, keselesaan dan kebahagiaan.

Cikgu Zailani berkata...

Cikgu Zainal.. Ada kalanya pengiktirafan dan penghargaan itu penting dan memberikan kepuasan yang tinggi, namun sekiranya tiada orang yang nak mengiktirafkan diri kita jangan tension atau stress sangat. Kita le yang iktiraf diri sendiri...

Pasal tu kena cari HONDA CITY satu. Sebagai pengiktirafan untuk diri kita yang cemerlang didalam kehidupan kita.

Cikgu Zailani berkata...

Hai Fiza Sensei?
Semoga terus ceria dengan tugasan seharian. Bila Free boleh kita jalan2 ye.. He.. he.

Tanpa Nama berkata...

yer yer..cikgu zailani..
hmm..

siti noriza saleh berkata...

wah cikgu....raya ngn kete baru gamaknyer...he eh he..cnatik arhh..no kete pun cantik?..aik..orang perak ker?....

tahniah cikgu..ni kiranya, hadiah tuk diri sndiri lah ni..he he he...

Cikgu Zailani berkata...

Hai Siti...
Kalau awak yang pakai baru le match...
Nama siti naik City...
Order le satu

"Hamba allah swt yg lemah" berkata...

guru adalah kerja yang mulia.. guru banyak berjasa pada anak bangsa.. hanya tuhan yang dapat balas jasa guru... sedara sangat bertuah.. kerana seorang guru:)

...:Koleksi Lagu Pilihan:...