08 Ogos 2009

Terima Kasih diatas Penganugerahan ini...

Terima Kasih kepada semua pembaca yang sudi terus membaca coretan dan catatan saya. Mohon maaf banyak2 sebab dah lama tak hantar post. Kini laptop aku dah OK. Tukar Hard disk yang rosak bersama segala kenangan, ingatan, gambar dan dokumen. Semuanya dah hilang. 2 hari juga tak lalu makan mengenangkan. Nak buat macam mana.
Pada 28.7.2009 yang lalu adalah hari yang sangat bermakna kepada saya. Bererti dan istimewa kepada seorang pegawai kerajaan yang bergelar guru. Saya telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2008. Eya.. lah selepas 11 tahun berkhidmat dengan penuh kesungguhan, kerajinan, usaha dan segala tenaga dicurahkan kepada dunia pekerjaan akhirnya saya diiktiraf. Di berikan penghargaan. Terima kasih kepada mereka yang cuba menghargai usaha saya ini.
Ada orang kata apa le maknanya APC hanya sekadar sehelai sijil dan RM 1000 je... Ada juga orang kata APC tu kurang statusnya. Ada juga orang kata ala bodek GB boleh le... Itu semua amat berbeza dengan saya. Bagai saya ia adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kepada seseorang guru itu. Walaupun kurang berharga RMnya tapi nilai penghargaan itu amat bermakna. Semua orang dahagakan penghargaan. Setiap orang juga memerlukan penghargaan. Anak-anak kecil juga perlukan penghargaan. Jadi sebenarnya APC itu amat berharga dan bermakna buat saya. Terima Kasih kepada semua kawan2, sahabat2, rakan2 blogger yang sentiasa menyokong saya.
OK le ini ada beberapa gambar kenangan saya semasa majlis Anugerah tersebut. Bersama pengarah lagi.. Salam jumpa lagi BYE...

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...