19 Oktober 2009

Membina Bakal-bakal Ahli Sains

Assalamualaikum...

Buat yang masih diingati semua para blogger dan pembaca sekalian. Semakin akhir minggu2 persekolahan di tahun2009 ini semakin sibuk di sekolah. Mulai saat ini saya akan lebih selalu menulis tentang Proses Pengajaran & Pembelajaran di sekolah. Minggu depan dah minggu Peperiksaan akhir tahun 2009.
Eya lah... Supaya Blog cikgu zailani ini ada kredibiliti. Bukan hanya blog yang menghentam dan mengkomen orang sahaja. Walaupun saya tahu bahawa hak saya untuk menulis dan bersuara tiada siapa boleh menghalang. Ini lah keistimewaan sebagai seorang yang celik IT. Sebagai cikgu Sains dan Matematik saya mesti mula bina kredibiliti itu mulai sekarang. Manalah tahu kalau tahun2 akan datang nak apply guru cemerlang matapelajaran DGA34. Blog Dah sempurna. He... he... Betul tak? Tapi saya tak tau nak pilih sains atau matematik. Tapi cita-cita tu ada la....

Hari ini saya mengajar sains tahun 4 tajuk dah habis tinggal buat ekperimen tentang investigation technology. He.. he.. Maka murid2 4 Bestari diperkenalkan dengan rekaan bangunan. Ini topik akhir sekali. Maknanya mereka diberi peluang mereka cipta binaan yang mereka fikirkan boleh. Ia berdasarkan material yang disediakan iaitu pencungkil gigi dan sayuran campur. Kreatif juga murid2 saya ni kalau diberi peluang. Kenapa tak percaya ke? Walaupun baru berusia 10 tahun tetapi mereka mampu berfikir secara kreatif dan inivatif. Itulah bakal2 ahli sains yang diharapkan.
Tugasannya membina menara daripada pencungkil gigi dan sayuran campur. Pandai2 le cantum kan....
Teliti, kekreatifan dan kesabaran untuk menyelesaikan tugasan.
Setelah selesai binaan menara itu, ia pun dijemur. Supaya kering sayur campurnya dan binaan itu bertambah kukuh. Itu le eKperimen cikgu zailani bersama anak2 muridnya. Kepada para rakan2 guru saya izinkan kepada sapa2 yang nak memurnikan idea ini. Itu namanya ilmu yg bermanfaat dipanjangkan. OK jumpa lagi BYE...

5 ulasan:

SK Tebok jawa berkata...

He he he bila tengok penyambung lidi tu teringa ada sepasang suami isteri berebut sayur campurngan ngan aweknya......

kapurtulis berkata...

Cikgu Zailani...
Awak ni memang cikgu yang best le.
Kreatif dan inovatif.
Seronok budak2 belajar dengan awak kelihatannya

Cikgu Zailani berkata...

Alamak experiment aku tu pun boleh jadi cerita

Cikgu Zailani berkata...

kapur tulis
Terima kasih diatas support anda.
TQ........

Firli berkata...

Seribu langkah bermula dengan satu langkah....Pepatah Cina....Melentur buluh biar dari rebungnya....pepatah melayu.....Dagang Pak malau dagang merempat...kah kah..sori melalut..Anyway SYABAS teruskan usaha murni dan gigih anda semoga diberkati

...:Koleksi Lagu Pilihan:...