27 November 2009

Eidul Adha yang penuh pengorbanan

Assalamualaikum...
Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada para sahabat blogger sekalian. Semoga ceria, gembira dan sejahtera disamping keluarga dan orang yang tersayang. Kepada para sahabat saya yang sedang menunaikan ibadah Haji diharap agar memperolehi haji yang mabrur dan buat yang meraikan hari raya ini dengan berkorban semoga ia diterima oleh Allah.
Bagi saya apa pun hari raya yang disambut oleh orang muslim pasti akan disambut dan diraikan meriah. Eya... lah, kan ini hari raya kita... mesti kita yang memeriahkannya. Biar lah orang kata apa pun ( macam budak2 ) yang penting kita happy. Tambahan pula Raya Haji kali ini cuti sekolah panjang. Best sangat le...
Oh ye... Di Kampung saya iaitu Kampung Tebuk Mufrad ni, ibadat korban dijalankan pada hari Sabtu. sebab kata AJK masjid hari jumaat singkat sangat masanya. Itu pun bagus bagi saya. Itu namanya persefakatan dan tolak ansur. Acara korban pula gotong royong.
Tapi kan....
Ini satu peristiwa benar yang saya tak pernah bagi tau kat sapa2 kecuali ahli keluarga terdekat je. Saya tak pernah ikut sembelih lembu, lapah lembu atau potong daging lembu. Pasal saya tak makan daging lembu. Bau lembu pun dah nak muntah. Mcm mana nak tolong. Boleh pengsan dibuatnya. Kah... kah... nanti menyusahkan orang pulak.
Apa pun saya seronok tengok dari jauh je...
Ok le nampaknya itu saja cerita saya sempena Aidil Adha kali ini dan semoga pengorbanan kita selama ini diterima Allah. Amin

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...