30 November 2009

..: Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru :..

Best jugak kalau selalu dapat dinner macam ni kan… He..he.. Sebenarnya pada awal cuti persekolahan yang lalu 20.11.2009 jumaat malam sabtu, semua guru2 dan keluarga Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan jamuan akhir tahun di Resort Politeknik Sultan Idris Shah, sabak Bernam, Selangor.



Tempat tu memang saya tak pernah pergi. Kira first time le… Boleh tahan juga bestnya. Malam tu kami telah dijamu dengan ikan baker, udang cili, ayam baker, dan macam2 lagi le… Memang kenyang.. Nak cakap pun susah le.. Mari kita kongsi beberapa gambar yang telah saya ambil… Tengok sendiri le baru comment..



Pada malam tu juga ada acara bertukar2 hadiah. Sapa yang dapat hadiah saya memang bertuah sangat sebab saya pilih khas hadiah tu 2 X ganda lebih mahal daripada harga yang ditetapkan. Bukan apa… nak menghargai sahabat2 yang sama2 mengajar dan berkerja dengan saya. Hadiah saya ialah set poseline bilik mandi berharga RM39.90 apa pun kepada yang dapat tu semoga seronok menerimanya.. tapi gambar hadiah tu tak sempat ambik le.


2 ulasan:

Senior Teacher berkata...

Bestnya kalau dapat hadiah cikgu kan....

Cikgu Zailani berkata...

Sebenarnya tentang nilai harga tu saya tak kisah... Yang penting erti persahabatan tu. Apa pun saya happy kat SK Parit Baharu dan seronok dengan guru-gurunya.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...