26 November 2009

Usah le sedih sangat....

Terima kasih kerana masih sudi mengikuti blog cikgu Zailani. Saya nak kongsi satu peristiwa yang lazimnya terjadi kepada murid-murid saya. Eya la... macam ini le situasi yang sentiasa dihadapi. Oh ye... Pada Khamis 19.11.2009 yang lalu keputusan UPSR 2009 telah diumumkan. Ramai yang menjerit keriangan dan keseronokan. Tapi tak kurang juga yang menitiskan air mata. Kesal... Rasa bersalah kepada keluarga... Rasa sedih sebab gagal dan lain2 lagi.

Gambar kat atas tu menceritakan segala-galanya. Kelihatan ramai juga anak2 murid saya yang menangis dan mengesat air mata. Sebab result tak cemerlang.. Kerana aim 5A tak tercapai.. Lalu tertumpah le air mata. Kesian mereka. Saya pun tumpang sedih. Tapi sebenarnya saya dah bayak kali ingatkan kepada mereka2 ni. Dal selalu menasihati.. Sangat selalu mengharapkan agar mereka lebih rajin, lebih usaha dan lebih kuat mengulangkaji pelajaran. Tapi mereka buat tak tau je... Buat tak dengar... dan akhirnya pilihan mereka ini le... Kesedihan bukan kegembiraan mencapai 5A. Cikgu dah bagi tau ye.....

Tapi buat mereka ni semua. Ini ada pesanan saya... Ini hanya kegagalan kecil, masih terlalu awal. Korang semua jadikan ini iktibar, jadikan panduan dan jadikan ia ubat untuk masa hadapan. UPSR ni baru permulaan. Ramai yang tak dapat 5A dalam UPSR pun boleh jadi orang berjaya dimasa hadapan. Yang penting rajin berusaha. Tingkatkan iltizam untuk berjaya. Ada lagi PMR, SPM dan STPM.. Cubala lebih gigih dan tanpa jemu. Jadikan leah kegagalan ini tangga untuk terus mendaki. Ingat ye... hanya pendidikan sahaja yang akan menggubah hidup keluarga kita tau. Belajar lah rajin-rajin. Buat anak2 murid saya, sudah lah jangan bersedih sangat.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...