recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

02 December 2009

++Merayau Ke Shah Alam++

Assalamualaikum...
Sekarang ni musim cuti sekolah. Bagi cikgu mcm saya ni, memang best le... Apa tak nya. Tak kerja tapi masyuk jugak... Siap dengan BONUS lagi. Jadi terpaksa lah kita menyibukkan diri. HOLIDAY.... Dah dari awal tahun berpenatan. Maka ini lah masa nya kita berjalan2...
Sabtu lepas saya drive pergi Shah Alam, Selangor. Biasa tu pergi berkerja tapi kali ini nak berjalan2.... Plan nak pergi Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam... Nak masuk rumah salji.. Dapat tangkap 2...3.. gambar boleh tayang kat blog ini. Best jugak....
Memang saya tak pernah sampai. Jadi sangat le terujanya... Dan dari luar dah kelihatan dan dirasai kenyamanan udara pagi. Tenang jiwa.. Bau hutan dara tu dah terasa. Rasa tak sabar ke... Kat dalam minda ni satu je... Masuk Rumah Salji. Tak kira le... berapa pun saya bayar...TETAPI.... tidak kesampaian le hajat dihati. Tempat yang dituju ditutup sementara. Maknanya RUMAH SALJI tak bukan... Sedih, Kecewa, dan hampa... Maka dengan langkah longlai saya pun melangkah kaki meninggalkan tempat itu. ( Tapi tak le menitis air mata mcm drama tu)...

Sebagai kenangan sempat la berdiri kat celah2 pokok bunga mengubat hati yang kecewa. Tapi tak apa... Nanti kalau dah buka saya akan sampai lagi... Bye.... Jumpa lagi. Dan saya meneruskan perjalanan ke WET WORLD. Nak mandi2 le pulak. Mcm budak2.... Maklum le.. Cikgu sekolah rendah, perangai mesti macam tu jugak... He.. he.. he...
Masuk kat Wet World Shah Alam ni bayar RM 10.00 je... Tadi di taman pertanian Malaysia masuk RM 3.00 ... memang murah Holiday kat Malaysia ni. Jadi kepada sesiapa yang tak pergi bercuti tu.. pergilah. Bila saja kita ada kesempatan melancong le. Kan Malaysia ni BEST. ( alamak mcm duta pelancongan pulak)
Dan main le sepuas hatinya kat wet world tu... Mandi, terlentang, tertiarap, terkangkang, semuanya tak ada org kacau. Boleh le.... dengan harga masuknya yang murah sepadan le... Nak best lagi pegi ke Sunway Lagoon.
Yang penting enjoy. Tengok le foto ni... Betapa happy nya saya.
Makan dan minum ada semua kat Wet World ni.. Tak mahal sangat pun. Nasi goreng, Mee Goreng baru RM 3.50 je minum RM2.50 kira OK jugak le. Percutian yang enjoy dan tak mahal. Keluar dari Wet World tak mengaku kalah lagi. Terus pergi SACC dan Plaza Alam Sentral. Tengok2 orang je.... Cuci mata. Rasanya kepada sesiapa yang belum bercuti tu. Pergi le kemana2 di Malaysia ni... Negara kita ni kan Indah tak payah ke luar negara. Sampai disini dulu.. Jumpa lagi.. Bye.






2 comments:

Mawar said...

Selamat Bergumbira bersama keluarga...berhati-hati semasa memandu...ingat yang tersayang.

Cikgu Zailani said...

Memang gembira betul cuti ni...
Best sangat le...

...:Koleksi Lagu Pilihan:...