@cikguzailani Buku Yang Wajib dimiliki. PERMATA UMAT 30 kisah sahabat nabi. #teacherlife #tiktokgurumalaysia #foryourpage #sinarharian #tiktokmalaysia #telagabiru #bukuviral #beritaharian
♬ original sound - Cikgu Zailani 🇲🇾 - Cikgu Zailani 🇲🇾
22 Disember 2009
...:.Oh indahnya Gunung Jerai.:....
Assalamualaiku.... Semua sahabat maya saya yg masih setia. Semoga kalian sihat wal afiat. Oh ye... saya nak teruskan dengan kisah percutian sempena cuti sekolah 2009 ini. Dari Sungai Petani terus pergi ke Yan, Kedah. Singgah kat Pantai Murni. Ambil udara segar dan nyaman. Memang dah lain... Dah berubah. Sempat jugak berposing berlatar belakangkan pulau.
Ini lah mercu tanda yang mengalu-alukan kedatangan ke Pantai Murni. Banyak Kenangan betul tempat ni. Lepas tu singgah sungai Raga dan terus ke Yan Kecil..
Dan... terus kan perjalanan untuk pergi ke Gunung Jerai. Nak naik gunung kali ini. Bukan bukit tau. Pada tahun 1997 saya pernah menaiki gunung jerai secara solo ( hebat jugak ni... ) menaiki motorsikal KG 9277. Kenangan itu memang tak dapat dilupakan. Inilah di Gunung Jerai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan