21 Disember 2009

Sungai Petani Saya datang lagi.....

Salam semua... Syukur Alhamdulillah saya kini berada di Sungai Petani, Kedah. Setelah lebih 10 tahun meninggalkannya. Banyak sangat nostalgia dan kenangan. ( sruuppp... sruppp... mengalir air mata jernih) Bila melihat pintu gerbang Sungai Petani ni. Dah lain sangat....
Memang aim saya ialah nak menjenguk Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Shah iaitu tempat saya belajar sebelum menjadi cikgu. Eya... lah kat sini 3 tahun ma, sangat banyak kenangan suka duka dan macam-macam lagi. Mula le ingat kat kawan2 lama. Oh ye... sempat jugak saya mengambil foto pindu gerbang Maktab. Buat pengubat duka..
Perjalanan saya diteruskan menjejak kembali rumah sewa semasa duduk dimaktab dulu, Kengkawan masa tu Meor Shahrol, Amin, Bob, Mat Akhir, Nik Zaki, Habib dan ramai lagi memang tak mudah luput diminda. Bila tengok bekas rumah sewa kitaorang kat Taman Songket ni sekali lagi sebab nak mengalirkan air mata... Ingat kat adik sebelah rumah ni. Barangkali ketika ini dia dah kerja kot. Semoga bahagia.... Masa tu sewanya RM60.00 seorang, pergi ke maktab naik motorsikal KG 9277 (yamaha cub )
Dan tak mungkin dapat dilupakan ialah sekolah Praktikum saya di SK Paya Besar, Kuala Ketil, Kedah... Biar pun jauh dekat nak sampai Baling saya redah juga. Memang tak dapat dilupakan. Tersenyum saya sorang2 menginggatkan saat sebelum menjadi cikgu. Memang murid2 cukup suka kat cikgu praktikum tu... Selalu sangat datang kerumah kami. Sekolah ini dah banyak sangat berubahnya. Dah lain. Semoga sekolah ini terus cemerlang walaupun saya dah tak kenal cikgu2 yang mengajar kat sini...
Ternyata percutian saya tour Malaysia kali ini membangkitkan nostalgia dan membuat kan saya nak menjejak semula sahabat2 yang pernah menjadi teman semasa menjadi guru pelatih di MPSAH... Kelas SC MT. Semoga usaha saya menjejaki melalui Facebook akan membawa kejayaan. OK le... memang best percutian saya kali ini. Penuh kenangan dan nostalgia. Bye...

2 ulasan:

Khairul berkata...

moto yamaha cub KG hang tak leh lawan honda cup PAC aku.... he..he..

Cikgu Zailani berkata...

Aku ada simpan lagi KG 9277 tu tau...
Barang antik

...:Koleksi Lagu Pilihan:...