recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

20 December 2009

Oh Pulau Pinang..... Terkena dah?

Ini percutian saya di Pulau Pinang. Setelah kali terakhir tahun 2006 kini saya datang lagi. Memang teruja jugak le... sebab dah bayak perubahan. Jambatan Pulau Pinang pun dah besar sekarang ni. Gambar diatas adalah di akuarium Pulau Pinang di Batu Maung. Nak pegi situ kena lalu Queensbay Mall dulu. Lupa nak ambil gambar kat situ. Memang besar dan best.....

Ini kat dalam aquarium pulau pinang. Bergambar dengan penyu... Kesian penyu tu buat pameran ( hidup tau... ) kejam sungguh manusia ni kan?

Ini masih diakuarium... Wakaf ni unik dan santai. Hampir tertidur dibuatnya.

Foto indah ini diambil di Padang Kota Lama berlatar belakangkan Laut Hindi. Wow.... bestnya angin kat situ. Nyaman dan menyegarkan.
Dan kalau pegi padang kota lama jangan lupa makan PASEMBOR.... Sedap dan nostalgia tau. Dulu masa zaman duduk di Maktab Perguruan diorg jual kat warung2 tepi laut je... Sekarang dah masuk ke medan selera. Ada kisah kat sini....

Semasa nak beli tu pekedai tu suruh pilih. Dia kata pilih dulu dik?.. Maka saya pun pilih le... Bila dah banyak ( sebab nak makan dengan anak2 sedara ) suruh la pekedai tu potong dan bagi kuah. macam gambar kat atas ni... Kerana sedap le... maka kami pun makan terus. Ngap... ngap....
Kemudian datang balik pekerja kedai tadi bagi kertas kecil. Tahu lah saya ini mesti nilai yang perlu dibayar.. Terkejut betul? RM39.00 Mak oiii.... Mahalnya. Bukan banyak sangat pun. Tapi pesan saya kat rakan2 semua kalau nak makan kat sini kena tanya satu2 benda yang kita nak ambik tu... Tak ada tanda harga. Sebab tu le terkena. Oleh kerana dah dimakan maka Bayar je la.... Apa pun ia satu kenangan yang tak dapat dilupakan di Padang Kota Lama sempena percutian kali ini... Jumpa lagi.

4 comments:

Rabiatul Adawiyah said...

sedapnyer makanan tu..

:D

insan pendidik said...

salam,

IP selalu jugak pegi Penang. Banyak lg tempat cikgu tak pegi tu.Tapi yg bestnya dpt bercuti rehatkan minda.

Cikgu Zailani said...

Rabiatul...
Memang sedap sangat le makan kat penang. Tukar selera.
Saya memang dah jatuh hati kat Pasembor Padang Kota walaupun mahal. he... he...

Cikgu Zailani said...

Hai IP...
Saya ni tak tau jalan kat Peneng tu...
Dah banyak sangat berubah. Tapi betul merehatkan minda.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...