03 Mei 2010

Camping dengan Boden Powell?

Assalamualaikum...
Semoga para sahabat2 ku yang sangat dikasihi dan disayangi ketika ini sihat disamping tugasan harian. TQ juga sebab masih mengingati dan sudi baca blog ini. Oh ye....
Saya nak bercerita tentang Perkhemahan yang terbaru saya pada 30 Mei hingga 2 April 2010. Memang dah lama tak camping. Tahun ni kali pertama. Rasa macam teruja sangat... Kali ini saya bawa sekawan budak2 pengakap ke Kilang Kayu Dowell Pasir Panjang, Selangor. Perhemahan ini anjuran PPM Sabak Bernam bersama PPM Sungai Besar.
Baden Powell?.. He..he.. Itu dia ke? Korang semua kena mempelajari sejarah pengakap le kalau tak makna nya terpengaruh. Itu bukan Baden Powell pengasas pengakap tu. Beliau ialah En Ibrahim Abdullah pemilik kilang kayu tempat kitaorang camping tu... Terima kasih pada beliau. Memang jiwanya pengakap le. Walaupun beliau pengakap australia tetapi jiwanya masih pengakap. Seronok dapat mengabadikan gambar dengannya.......
Ini le gambar semasa sarapan pagi bersama2. Dah lama tak makan ditapak perkemahan. Ia mengajar erti kesabaran. Manis, masin, jangan dipersoalkan.... yg penting boleh makan. Nak sedap masak kat rumah. Terima kasih juga kat kawan2 yg sama-sama bercamping tu

Walaupun ia hanya peringkat daerah tetapi best jugak... Macam macam kenangannya. Tengok sendiri le gambar tu?..

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...