08 Mei 2010

4 orang je la....

Semoga pembaca di blog Belajar dengan Cikgu Zailani ini sihat, sejahtera dan ceria selalu. Mungkin ketika ini ramai yg sedang bercuti dan bersantai dimana2 destinasi. Saya ucapkan selamat bercuti…

Setelah selesai memeriksa kertas Matematik Peperiksaan Pertengahan 2010 untuk kelas 6 Bestari di sekolah saya ni, perasaan jadi tak menentu… Rasa kecewa sangat. Banyak kerja yang perlu disusun untun menghadapi peperiksaan UPSR 2010 yang akan dijalankan pada bulan September ini. Hanya 4 orang yang mendapat markah A. Ia itu markah 80% keatas. Ia masih jauh dari sasaran 10 orang daripada 24 orang yang diharapan mendapat A. Itu yang rasa letih sangat. Segala yang diajarkan macam tak digunakan oleh murid2 saya. Terlampau sambil lewa dan kurang focus kepada soalan2. Peperiksaan pertengahan tahun ini mengunakan kertas soalan yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Sama untuk semua sekolah di Selangor. Harap2 pada peperiksaan UPSR 2010 nanti ia lebih positif dan lebih baik.

Oh ye….. Sebelum peperiksaan dijalankan saya telah berjanji dengan semua 24 orang pelajar kelas saya akan memberikan hadiah kepada pelajar yang mendapat A subjek Matematik ini. Jadi saya hanya menyediakan 4 hadiah sahaja le…. Bentuk hadiah nya mestilah yang saya fikirkan amat berguna untuk meningkatkan prestasi subjek Matematik. Buku le… Nak bagi murid2 saya ini akan terus konsisten dan meningkat di dalam mata pelajaran ini menjelang UPSR sebenar. Harap2 ia amat berfaedah.

Bila cerita tentang hadiah ni tentu semua sahabat2 guru yang seperti saya telah menduga. Keluar duit sendiri le…. Tapi ini merupakan sumbangan saya kepada murid2 ini. Ia akan berpanjangan selagi ilmu ini terus diamalkan sebagai ilmu yang bermanfaat. Ikhlas Kerana Allah. Biar lah saya akan terus dikenang sebagai cikgu mereka.

Bagi penghargaan kepada mereka yang mendapat A di dalam mata pelajaran Matematik ini saya paparkan nama mereka disini agar semua pembaca blog saya diserata Malaysia dan dunia mengetahui bahawa nama2 dibawah ini adalah mereka yang akan terus mengekalkan prestasi A didalam matapelajaran Matematik sehingga Peperiksaan UPSR 2010.



Mereka ialah:

1. Mumtazah Bt Sairuji

2. Nurul Najihah Bt Bahrin

3. Mohd Alif Amzar B. Azmon

4. Shaidatul Nur Bt Azhari

Semoga kejayaan ini terus berterusan buat mereka dan juga buat saya.. Amin







Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...