16 Mei 2010

-+"'''' SeLaMat HaRi GuRu '''""+-

Hari ini 16 Mei 2010.. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru tak kira le yg guru sains, guru BM, guru kecik, guru besar, guru silat, guru sekolah atap.... Hari ini amat manis untuk diingat. Macam2 kenangan sepanjang kerjaya kita. Tak juga juga kepada bakal2 guru juga. Oh ye... nak cerita ttg bakal guru ini, nostalgianya lebih kepada lagu KAMI GURU MALAYSIA. dan lagu kat video dibawah ini saya dedikasikan kepada semua guru2 kat dunia ini.





Terima kasih yang tak terhingga juga kepada guru-guru saya sejak sekolah rendah di SK Tebuk Jawa, SAMTS Salahuddin Batu 38, Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim dan Open Universiti Malaysia.... Mereka semua adalah antara tenaga penting yang menggerakkan minda saya untuk terus belajar dan menjadi insan berguna. Terima Kasih Cikgu......


Buat rakan-rakan guru semua sama ada di SK Parit Baharu, di Sabak Bernam atau diseluruh Malaysia... Korang semua memang sentiasa menjadi insan yang penting didalam memacu pembangunan ilmu dunia dan akhirat. Teruskan usaha anda semua...


Dan bagi diri saya, tahun 2010 ini adalah tahun yang akan terus mencabar untuk menggerakkan persekitaran pendidikan untuk terus kondusif kepada semua anak murid. Kerjasama dan komitmen kita sebagai pelajar dan guru akan diteruskan. Kepada semua yang telah memberikan kad ucapan, SMS, ucapan di Facebook dan Hadiah saya ucapkan terima kasih banyak2. Sesungguhnya saya amat bangga dapat berkongsi ilmu bersama korang semua.

Yang paling best....
YB Dato Abd Rahman Bakri Ahli Parlimen Sabak Bernam pun bagi ucapan Hari guru kat FB saya.. Kena simpan ni.
Oh ye...
Sambutan Hari Guru peringkat SK Parit Baharu akan diadakan pada hari Jumaat 21 Mei 2010.. Mesti best punya le... ada perlawanan bola tampar persahabatan dgn AJK PIBG dan murid2. Pada majlis itu nanti, mcm biasa le ada sessi pertukaran hadiah. Kira syok sendiri je cikgu2 ni. Untuk majlis itu saya dah beli awal2. Tak mcm tahun lepas terserempak dengan kawan2 waktu cari hadiah. Tak best..... Hadiah saya sangat istimewa. Harga memang tak pernah jadi ukuran. Yang penting saya nak seronokkan kawan2.. RM39.90 je...

OK le... Selamat Menyambut Hari Guru
dan teruskan pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik2nya.
Saya bangga jadi CIKGU


2 ulasan:

mantan berkata...

Salam ziarah.
Semoga cikgu Zailani sentiasa ceria dan tenang menjalankan tugas.

Cikgu Zailani berkata...

Terima kasih...
Mantan juga good luck

...:Koleksi Lagu Pilihan:...