Berdebar dan gementar juga bila peserta kursus adalah guru2 ICT dan guru Media ni.... Mereka sangat pakar tentang benda2 komputer ni. Namun akhirnya dengan kerjasama semua peserta yang seramai 28 orang pada sessi 1 ( Isnin & Selasa ) 25 orang bagi sessi 2 ( Rabu & Khamis) juga bantuan rakan fasilitator seperti Cikgu Azmon Amat Komari dan Cikgu Ghazali maka ia berjalan dengan lancar dan jayanya...
Setinggi2 penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana diakhir kursus mereka berjaya menyudahkan dan menyerahkan URL Laman Blog Sekolah masing2 kepada pihak urusetia. Dari URL ini lah pihak PPD dan PKG akan memantau perkembangan web blog tersebut. Harap2 semua peserta akan sentiasa update dengan berita terbaru.. saya percaya dan yakin bahawa mereka semua boleh...
Oh ye....
Tak lupa juga kepada para guru2 peserta kursus, andainya korang ada membina blog peribadi atau blog komuniti lain atau apa2 bolehlah kita tukar2 pautan. Korang hantarkan komen dicatatan ini dan nyatakan alamat blog itu. Kita meriahkan Sabak Bernam dengan pelbagai blog yang beretika dan punyai Kreadibiliti. Semoga korang semua sukses sebagai seorang blogger.
Jika ada masalah atau kemuskilan boleh le e-mailkan kepada saya atau gunakan facebook chatting atau YM saya di e-mail zailanisomingan@yahoo.com ..... Saya akan sedaya upaya membantu kalian sedaya upaya saya.
1 ulasan:
Catat Ulasan