13 September 2010

Aidil Fitri 2010 Yang Penuh Bermakna

Syukur Alhamdulillah....
Dipertemukan dengan Aidil Fitri lagi
setelah sebulan berpuasa akhirnya berhari raya
Tahun ini Aidil Fitri jatuh pada hari JUMAAT
jadi kita sama2 bersolat Jamaah 2 kali dimasjid
Solat Aidil Fitri dan Solat Jumaat
Ini gambar balik dari solat Jumaat.
Aix.... Banyak komen dari rakan2 di FB
mengetawakan pasal pakai selipar JEPUN je....
Sebab kalau pakai kasut sandal BLACKHAMMER
menangis kalau hilang.... He..3x

Balik kampung?
Mestilah.... Saya masih ada nenek.
Tempat kelahiran lagi dikenang
Sempat le posing kat tepi BENDANG.... Melaut
KETUPAT, rendang, sambal tumisan mesti ada
wajib punya le... Setelah berpuasa maka tibalah hari Raya
Makan lah semahu2nya
Sedap sangat le.... Apa lagi sambil tukar2
cerita dengan anak2 saudara, pakcik makcik
dan sahabat2 yg lama tak berjumpa...
Kenangan indah jugak le....
Anak2 murid yg dah lama tak jumpa
datang kerumah. Teruja jugak bila diaorang ingat
kat cikgu sekolah rendahnya.....
Ada yg dah berkerjaya dan ada yg masih study di IPT...
Terima kasih le diatas ingatan
anda semua..

AIDIL FITRI kali ini
memang sangat best, istimewa dan bermakna...
Seronok?... Tak le. Budak2 seronok le
pasal dapat duit. OK sampai disini catatan
saya sempena aidil fitri kali ini
SELAMAT HARI RAYA
maaf zahir dan batin

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...