05 Januari 2011

Sessi Baru 2011 di Sekolahku

Assalamualaikum....
Buat para sahabat2 ku diblog ini. 3 Januari 2011 sessi persekolahan dibuka semula. Maka berakhir lah cuti dan komitmen untuk tugasan tahun ini bermula. Mcm tu lah juga saya... Semangat baru, baju baru, pendek kata mcm murid2 jugak le... Baru
Pada tahun ini saya masih mengekalkan status sebagai guru matematik tahun 6. Sebenarnya dah tak larat bagi komitmen pada tahun 6 ni... Entah bila agaknya saya boleh mengundurkan diri. Rasanya pindah je lah dari sekolah ini baru tak mengajar tahun 6 kot.... Tahun ni masuk 10 tahun saya mengajar tahun 6 dan dah 14 tahun saya bergelumang didalam profesyen perguruan yang saya CINTAI ini.... Sampai usia 56 baru habis.

Ini lah murid tahun 6 saya. Kelas Bestari seramai 31 orang murid. Kalau ditengok pada muka dan perangai budak2 ni. BERAT rasanya tahun ni, tugasannya. Eyalah... makin banyak le sebab pencapaian mereka setakat BOLEH LA je...
Namun itu semua bukan halangan. Itu adalah cabaran buat cikgu zailani untuk mengingkatkan pencapaian mereka terutamanya didalam Matematik. Kena fikir macam2 idea nak bagi mereka UP kan sikit potensinya. Ini lah yang tengah mengunakan minda sedar ni....
Harap2 tahun ini meningkat lagi
Jangan merudum dah le...
CIKGU ZAILANI
Awak Boleh....

1 ulasan:

Unknown berkata...

go cikgu zailani..u can do it =)

...:Koleksi Lagu Pilihan:...